Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Hussien Bin Haji Mohd Amin. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1850an dan berasal dari Nat Dang, Patani.
Mendapat pendidikan awal di pondok sekitar Patani sebelum berangkat ke Mekah. Gurunya yang utama ialah seorang wali Allah yang cukup tinggi makamnya di sisi Allah iaitu Tuan Hassan Besut al-Fathani yang merupakan salah seorang dari Tokoh Ulama’ Besar Terengganu. Selain itu, beliau juga turut menuntut ilmu dari Tokoh Ulama’ Besar Kelantan yakni Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani.
Setelah sekian lama menuntut ilmu daripada ramai alim ulama’ muktabar, beliau berhijrah ke Kampung Lampu, Besut dan membuka sebuah pondok pengajian di sana pada tahun 1905. Sejarah menyatakan bahawa pondok beliau merupakan pondok yang pertama sekali didirikan di daerah Besut, Terengganu.
Pada tahun 1916, terdapat 400 buah pondok didirikan di sekitar rumahnya. Warisan peneraju pondok diserahkan kepada anaknya selepas beliau meninggal dunia iaitu Tuan Guru Haji Muhammad dan seterusnya diamanahkan pula kepada adiknya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Bin Mohd Amin.
Di antara anak muridnya ialah :
1. Tuan Guru Haji Omar Bin Che Ahmad Besut
2. Tuan Guru Haji Ismail Bin Abdul Wahab Telaga Bata 
3. Tuan Guru Haji Said Abdul Wahab Telaga Bata
4. Tuan Guru Haji Sulong Awang Dusun Durian
5. Tuan Guru Haji Enduk Tawang
6. Tuan Guru Haji Mamat Abu Bakar Kampung Baru
7. Tuan Guru Haji Mat Saman Kuala Nipah
8. Tuan Guru Haji Abdul Samad Gong Kala
9. Tuan Guru Haji Hasan Samaah Kampung Petani
10. Tuan Guru Haji Umar Haji Musa Wakaf Berangan – Kadi Besar Kelantan Ke5 
11. Tuan Guru Haji Awang Kechik Kampung Paya
12. Tuan Guru Haji Abdul Hamid Sulaiman Teratak Pulai
Tuan Guru Haji Hussien meninggal dunia pada tahun 1917 sekitar usianya 70an dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Besut.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
Sumber – Buku Ulamak Besar Patani 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *