Undang-undang Sungei Ujong diasaskan berdasar Hukum Kanun Melaka yang dikuatkuasa mengikut hukum Islam.
Dipercayai ditulis sekitar abad ke-14, Sungei Ujong mempunyai undang-undang sendiri hasil pengaruh pemerintahan Bendahara Kesultanan Melaka yang menjadi Dato’ Penghulu Menteri bagi luak tertua ini.
Antara intipatinya ialah:
1. Peranan segala Penghulu Menteri, Orang-orang Besar, Pegawai, Hulubalang dan golongan hamba rakyat di dalam Negeri Sungei Ujong
2. Pantang larang dalam kalangan masyarakat dari segi adat yang diguna pakai iaitu Adat Purbakala
3. Hukuman kesalahan jenayah dan awam
4. Undang-undang keluarga
5. Penyelesaian masalah dari segi agama Islam dan muamalat yang jelas
6. Mengandungi pantun dan pedoman Melayu daripada kata-kata Bendahara yang diangkat sebagai Penghulu Menteri di Negeri Sungei Ujong 
7. Menekankan segala Undang-undang Sungei Ujong berlandas firman Allah SWT, hadis Rasulullah SAW, kitabullah, syarak dan ijtihad daripada ulama dan Imam Shafie, Hanafi, Hanbali, dan Maliki.
Selaras Fasal 32 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan takrif “undang-undang” pada Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, ia menjadikan Undang-undang Sungei Ujong kekal terpakai di Luak Sungei Ujong sehingga hari ini.
Undang-Undang Sungei Ujong diiktiraf sebagai undang-undang Melayu klasik seperti Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Johor, Undang-Undang Kedah, Hukum Kanun Perak (termasuk Undang-Undang 99 Perak), Undang-Undang Kedah, Hukum Kanun Brunei, Undang-Undang Acheh Darussalam.
Ia telahpun digubal YTM Dato’ Penghulu Menteri dan seterusnya YTM Dato’ Undang serta YM Dato’ Lembaga Sungei Ujong sejak ratusan tahun lalu. Sekali gus menjadikan Sungei Ujong satu-satunya luak ada undang-undangnya sendiri secara sistematik dan teratur mengikut model Kesultanan Melaka.
Undang-undang Sungei Ujong berkuatkuasa, berkembang terus-menerus sepanjang zaman sejak Islam menjadi dasar pentadbiran kerajaan Sungei Ujong, lama sebelum Negeri Sembilan yang kita kenali hari ini terbentuk.
Nota 1: Sungei Ujong mengamalkan Adat Purbakala sebagai teras pemerintahan, bukannya Adat Perpatih.
Nota 2: Sebelum kewujudan wilayah seperti Rembau & Naning. Sungei Ujong telah mempunyai Undang-Undang Kanun nya sendiri.
Sumber penceritaan:
1. YM Dato’ Johan Tua Tahu, Pantai, Seremban, 2023
2. JMBRAS, Vol 27, No 3, A Digest of Customary Law from Sungai Ujong, July 1954, Richard Winstedt and Patrick Edward de Josselin de Jong 
3. Jurnal Syariah, 1(1), 146–152. Sejarah penulisan dan perlaksanaan hukum Islam di Nusantara, 1993, Abdul Jalil Borhan
 
4. Hukum Kanun negeri-negeri Melayu masih berkuat kuasa dalam kerangka Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan, Kamarool Haidi, website editormalaysia, 8 Jun 2020
5. Adat Perlembagaan dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Professor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain (P.J.N) – Professor Madya Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
House Of Sungei Ujong Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *