Di negara kita, ada beberapa alim ulama yang di nama mereka ada gelaran Palestin, contoh seperti di bawah:
1. Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin – Pengasas Pondok di Ayer Hitam
2. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Palestin – Mufti Pulau Pinang

3. Tuan Guru Haji Sulaiman Palestin – Guru agama dan ahli politik UMNO

4. Tuan Guru Haji Abdullah Palestin – Ulama di Pulau Pinang
Dikisahkan dalam manaqib Tuan Guru Haji Shafie Sungai Bakap, antara sebab mereka dapat gelaran tersebut seperti kisah ini:
“Apabila meletusnya Perang Dunia Ke Dua banyak madrasah di Mekah terpaksa ditutup, proses kiriman wang pula menjadi semakin sukar. Tuan Guru Haji Shafie bersama saudaranya Tuan Guru Haji Thalib Penanti masih punyai wang simpanan yang membolehkan mereka pulang ke tanah air, manakala ramai yang lain warga Malaya yang memegang pasport kerakyatan British  dinasihatkan bermusafir ke Palestin. Bagi Haji Sulaiman Palesti pula, beliau sangat dikenali dalam setiap pidatonya yang bersemangat menyerang Freemason dan menyeru kepada umat Melayu untuk bersama berjuang menentang Israel. Daripada sinilah sahabat-sahabat mereka, tokoh-tokoh ulama’ lain mendapat gelaran Palestin di belakang namanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *