Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdullah tidak dapat dipastikan tarikh kelahirannya. Beliau mempunyai empat adik beradik yang terdiri daripada Haji Abdul Ghani, Yang De dan Haji Awang Mohamed. Dari sumber anak cucu beliau, Tuan Guru Haji Abdul Rahman mempunyai isteri lebih daripada seorang di antaranya bernama Mek Wok.
Ramai keluarga Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdullah tinggal di Tebing Tinggi, Jerantut, selain itu terdapat juga yang menetap di Raub. Anak-anak Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdullah yang dapat dikesan bernama Juriah, Hajah Samsiah dengan suaminya Haji Abdul Muin Bin Said yang tinggal di Simpang Tebing Tinggi, Jerantut. Selainnya bernama Rogayah, Shuib, Harun dan Musa. Haji Abdul Muin suami kepada Hajah Samsiah adalah bapa saudara kepada pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada ketika ini iaitu Tan Sri Prof. Dr Abdul Syukor Bin Hussain.
Setelah bersara dari perkhidmatan Qadhi Besar Pahang pada tahun 1949, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Abdullah telah kembali ke Kampung Jeransang, Mukim Tebing Tinggi, Jerantut. Beliau telah meninggal dunia dan disemadikan di Perkuburan Islam Kampung Jeransang, Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang.
Sumber : Tengku Yusuff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *