Tuan Guru Haji Muhammad Yassin, Muar ( 1902 – 1975 ) – Ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin di Tanah Perkuburan Islam Batu 1, Jalan Bakri.
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad dan beliau berasal dari Siak, Sumatera.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari. Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid. Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. 

Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman Bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor.
Makam Tuan Guru Haji Muhammad Yasin

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar juga amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah :
1. Sekolah Menengah Mohd Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Sekolah ini adalah merupakan sekolah persendirian yang diasaskan beliau
2. Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri
Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di Muar, Johor.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
*Sumber – Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *