Menurut Tuan Guru Haji Awang Lanai, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi biasanya akan meneliti serta mengarang dengan berbekalkan lampu minyak tanah dan kitab-kitab di “perpustakaan kecil” atas rumahnya pada waktu tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
Ada ketika beliau juga membuat persediaan di tengah malam itu bagi menjawab persoalan rumit yang diajukan oleh murid atau pun tetamunya pada waktu siang hari dan bersedia untuk menjelaskan jawapan yang lengkap kepada mereka.
Begitulah telitinya ulama-ulama terdahulu. Sebelum bagi jawapan, mereka akan belek dan menelaah sekecil-kecil kitab sehinggalah sebesar-besar kitab karangan ulama-ulama hebat sebelum mereka. Ustaz Ismail Mahmud pernah menceritakan sewaktu muzakarah ulama-ulama tua Kedah sekitar tahun 1980an dahulu, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi antara ulama tua yang akan syarah pelbagai isu yang dibangkitkan. Tuan Guru Haji Salleh dan Tuan Guru Haji Awang Lanai pada waktu itu khidmat membuka kitab apabila Tuan Guru Haji Omar suruh. Betapa merendah diri dan hormatnya sesama ulama, dihiasi akhlak dalam menuntut ilmu.

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *