Tuan Guru Haji Muhammad Zin Bin Haji Mohammad Yasin dilahirkan di Kampung Pernu, Melaka pada tahun 1910. 
Pada tahun 1924, ketika berumur 14 tahun, beliau telah dihantar melanjutkan pelajarannya ke Mekah al-Mukaramah dan mendapat pendidikan di sana selama 14 tahun.
Beliau pulang ke tanahair pada tahun 1938 dan mula mengajar serta berdakwah di serata tempat di seluruh negeri Melaka. Antaranya di Paya Rumput, Rembia bersama Tuan Guru Haji Ahmad al-Malakawi, Belimbing Dalam, Madrasah Kampung Hulu, di Sungai Rambai dan Sebatu.
Tuan Guru Haji Muhammad Zin juga adalah merupakan pengasas Madrasah al-Salamiah di Kampung Pernu, Melaka. Beliau menjadi tenaga pengajar untuk menambah ilmu pengetahuan kepada rakyat kawasan-kawasan selatan negeri Melaka. 
Beliau juga pernah menjadi salah seorang anggota Ahli Majlis Mesyuarat Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka. Di samping berdakwah dan mengajar, beliau tidak ketinggalan menjadi imam di kampungnya sendiri sehingga ke akhir hayat.

Tuan Guru Haji Muhammad Zin

Tuan Guru Haji Muhammad Zin kembali ke rahmatullah pada 4 Januari 1973 ketika berusia 63 tahun. 
Sumber – Artikel Muzium Pulau Besar Melaka, Tengku Yusuff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *