Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang

Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang dilahirkan pada tahun 1880 di Simpang Empat Junjung, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pendidik awalnya bermula di Selolah Melayu dan kemudian ke Pondok Simpang Empat Junjung, Seberang Perai, Pulau Pinang pada tahun 1894.
Beliau telah berumah tangga dengan Hajah Halijah Binti Mat Taha dan dikurniakan tiga orang anak termasuk Dato’ Haji Ismail, bekas Penyelia Rancangan Tanah Kerajaan Perak.
Bapa mertuanya, Encik Mat Taha merupakan seorang hartawan terkenal di Batu Gajah.
Manakala salah seorang cucunya, Dato’ Haji Ahmad Bin Dato’ Haji Ismail adalah bekas Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak.
Beliau telah berhijrah dari Pulau Pinang ke Batu Gajah, Perak ketika berumur 16 tahun setelah dibawa oleh Qadhi Haji Mohamad sebagai pembantu dan guru agama kepada murid-murid pada tahun 1896.
Kerjaya beliau bermula sebagai Guru Agama kepada murid-murid di Batu Gajah pada tahun 1895, Imam dan Penceramah Agama di Masjid Batu Gajah (1930- 1943).
Selain itu, Allahyarham juga adalah Pegawai Hutan di Pusing, Batu Gajah, Ipoh dan Kuala Kangsar pada 1899 dan seorang Usahawan Getah di kawasan Batu Gajah.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1943 dalam usia 63 tahun.

Sumber : Buku Tokoh Batu Gajah, Tengku Yusuf

1 thought on “Tuan Guru Haji Mohamed Salleh Bin Lebai Awang

  1. Ace of Base — шведская поп-группа, образованная в 1990 году. Их музыкальный стиль сочетает в себе элементы поп-музыки, дэнса и электроники. Группа стала популярной благодаря хитам “All That She Wants”, “The Sign”, “Don’t Turn Around” и “Beautiful Life”. Эти композиции не только покорили чарты во многих странах мира, но и остаются классикой жанра до сих пор. Ace of Base оставили неизгладимый след в истории поп-музыки, их мелодии до сих пор радуют слушателей по всему миру. Скачать музыку 2024 года и слушать онлайн бесплатно mp3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *