Tuan Guru Haji Ibrahim Haji Hashim dilahirkan sekitar tahun 1911 di Kampung Titi Besi, Alor Setar, Kedah. Ibunya bernama Hajah Fatimah dan beliau merupakan anak kedua dari tujuh orang adik beradik.
Pendidikan beliau yang diketahui diperolehi di Kelantan dan kemudian pernah juga ke Mekah selama beberapa tahun.
Setelah pulang, beliau telah mengasaskan sebuah sekolah agama pada tahun 1960 yang diberi nama Sekolah Menengah Agama al-Khairiah di Kampung Barokhas yakni kampung kedua orang tuanya.
Beliau telah berkahwin dengan Hajah Aishah dan hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.
Allahyarham meninggal dunia pada tahun 1978 ketika berusia lebih kuran 67 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Barokhas, Padang Terap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *