Tuan Guru Haji Ghazali

Nama sebenar beliau ialah Haji Razalli Bin Haji Abdul Rahman dan beliau dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Permatang Rambai, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada tahun 1906. Ibunya bernama Puan Fatimah.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Nordin dan dikurniakan seramai lima orang anak. Anak-Anak mereka ialah Mohd, Abdul Razak, Ismail, Fatimah dan Abdul Raof. Selepas kematian isterinya, beliau berkahwin buat kali kedua dengan Puan Jamaliah.

Tuan Guru mendapat pendidikan agama di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Perak berguru dengan beberapa ulama yang mengajar di sana seperti mudir ketika itu, Syeikh Abdullah Fahim dan kemungkinan juga dengan Syeikh Nawawi Janggut Merah (pengasas Madrasah Idrisiah). Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke Mekah.

Ketika hayatnya, al-Marhum merupakan mudir di Maahad al-Huda atau dikenali juga dengan Pondok Permatang Rambai. Beliau turut menjawat jawatan Imam di Masjid Jamek Permatang Rambai dan merupakan seorang yang mahir dalam ilmu Faraid dan ilmu Falak.

Antara rakan seperjuangan beliau seperti :

1. Tuan Guru Mufti Haji Adnan Bin Hashim, Penaga
2. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussain, Pokok Sena
3. Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi, Pajak Song
4. Tuan Guru Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas

Antara murid beliau pula ialah Ustaz Salleh yang merupakan Imam di Masjid Jamek Permatang Rambai.

Beliau meninggal dunia pada tanggal 30 Mei 1995, ketika berusia 89 tahun dan disemadikan di Kampung Permatang Rambai, Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Sumber : Temubual Muhammad Zhafri Mohd Zaini dengan waris keluarga al-Marhum, Tengku Yusuff

5 thoughts on “Tuan Guru Haji Ghazali, Pondok Permatang Rambai

  1. Точно важные новости моды.
    Важные эвенты лучших подуимов.
    Модные дома, лейблы, высокая мода.
    Приятное место для трендовых хайпбистов.
    https://fashionvipclub.ru/

  2. Самые свежие события моды.
    Все эвенты самых влиятельных подуимов.
    Модные дома, бренды, высокая мода.
    Новое место для трендовых хайпбистов.
    https://sneakero.ru/

  3. Несомненно свежие новинки модного мира.
    Исчерпывающие эвенты самых влиятельных подуимов.
    Модные дома, бренды, гедонизм.
    Лучшее место для модных людей.
    https://sneakerside.ru/

  4. Несомненно трендовые события мировых подиумов.
    Абсолютно все эвенты всемирных подуимов.
    Модные дома, лейблы, haute couture.
    Лучшее место для модных хайпбистов.
    https://sneakersgo.ru/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *