Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Muhammad Yasin
Beliau mendapat pendidikan awal di beberapa buah pondok sekitar tanah air di antaranya di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan. Dikatakan bahawa beliau merupakan pelajar lapisan pertama di sini. Kemudian beliau juga pernah belajar di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang sekitar tahun 1920an dan seterusnya menyambung ke Universiti al-Azhar, Mesir lalu berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam perundangan Islam.
Setelah pulang ke tanah air, Allahyarham berkhidmat sebagai mudir di Madrasah al-Ulum al-Syariah, Bagan Datok selepas Perang Dunia Kedua. Sekolah agama yang terletak di Batu 20, Bagan Datok, Perak ini telah ditubuhkan pada hari Khamis, 21 Oktober 1937 bersamaan 15 Syaaban 1356H. Mudir yang pertama ialah Tuan Guru Haji Muhammad Arshad Bin Mohd Solleh.
Atas kealiman dan kemahiran beliau, Tuan Guru kemudiannya dilantik menjadi Mufti Kerajaan Pahang Keempat bermula dari 1951 hingga 1976 menggantikan Syeikh Abdul Rahim Bin Ibrahim al-Samanudi yang bersara kerana masalah kesihatan dan pulang ke negara asalnya Mesir. Ini bermakna beliau menjawat jawatan Mufti Pahang selama 25 tahun.
Ketika menjawat jawatan Mufti Pahang, beliau telah mengarang sebuah kitab berjudul Bustanul Arifin sebanyak 4 jilid tebal pada tahun 1961 dan pada tahun 1964 pula, beliau telah menyusun sebuah risalah berjudul “Risalah Ahkamul Nikah”. Kitab ini diedarkan kepada semua juru-juru nikah bagi memberi penerangan cara-cara untuk menyempurnakan upacara akad nikah mengikut hukum syarak.
Selepas bersara, beliau menetap di kediamannya di Pengkalan Pegoh sehinggalah meninggal dunia pada 3 Februari 1986. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Pegoh, Ipoh.

 

Sumber – Tercatit di dalam buku Sejarah Madrasah al-Ulum al-Syariah, Bagan Datok dan perkongsian maklumat dari cucunya Abdul Qayyum pada 4 November 2022, Tengku Yusuff

35 thoughts on “Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Muhammad Yasin

  1. Hey there! Someone in my Myspace group shared this
    website with us so I came to give it a look. I’m definitely enjoying the information. I’m bookmarking and will be
    tweeting this to my followers! Terrific blog and superb design and style.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *