Sekolah yang menjadi kebanggan ibu bapa dari dalam dan luar Kelantan apabila anak mereka diterima belajar di sini.
Ditubuhkan pada 1937. Ketika itu semua pelajar perempuan dan lelaki berada bawah satu sekolah Maahad Muhammadi.
1982, Maahad Muhammadi dipecahkan kepada Maahad Muhammadi Perempuan dan Maahad Muhammadi Lelaki.
Pada tahun 1996 Maahad Muhammadi Perempuan menjadi sekolah Yayasan Islam Kelantan pertama memasukkan aliran sains dalam silibus sekolah.
Kini lebih 2000 orang lebih pelajar setiap tahun belajar di sekolah cemerlang ini.
Sudah banyak bijak pandai yang lahir dari sekolah ini menjadi kebanggan di seluruh negara.
Antara tokoh-tokoh wanita yang masyhur dari MMP:
1. Tokoh Dakwah. 
Ustazah Asma’ Harun. Pendakwah bebas.
2. Tokoh Perundangan. 
Profesor Datuk Dr Shamrahayu Aziz. Pensyarah UIA. Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UITM.
3. Tokoh Akademik.
 Prof. Madya Dr. Nik Salida. Pensyarah USIM. Selebriti TV.
4. Tokoh Wanita. 
Ustazah Asmak Husin. Mantan Ahli Dewan Negara. 
5. Tokoh Politik. 
YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi. Ahli Parlimen. Mantan Ahli Kesatuan Ulama’ Sedunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *