Kuala Lumpur: Terdapat lebih 6,000 dokumen berkaitan kemerdekaan tersimpan di Arkib Negara Malaysia (ANM) dengan tiga daripadanya dianggap dokumen paling penting dan berharga kerana mempunyai nilai eksklusif kepada Malaysia serta jarang dipamerkan kepada umum.

Ia adalah dokumen asal Pemasyhuran Kemerdekaan, dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan surat khabar.

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan ialah sijil kelahiran Tanah Melayu yang dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 untuk perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Antara perkara penting terkandung dalam dokumen ini ialah semua negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang akan kekal menjadi negara berdaulat, merdeka serta berpegang kepada prinsip demokrasi.

Manakala dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah dokumen bertulis yang membela Raja-Raja Melayu dan orang Melayu.

Seterusnya ialah tiga surat khabar iaitu Utusan Melayu, Berita Harian dan The Straits Times yang melaporkan mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, keluaran Ogos hingga September 1957.

Pengarah Bahagian pengembangan ANM, Mohd Nasir Ismail berkata, dokumen ini menjalani proses pemuliharaan yang rapi untuk memanjangkan jangka hayatnya dan boleh bertahan hingga 100 tahun.

Menurutnya, pemuliharaan dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan adalah melalui proses pengkapsulan dan diletakkan di dalam bekas khas yang diperbuat daripada perak.

“Dokumen berukuran 51 sentimeter (sm) x 74sm ini diperbuat daripada kulit kambing kerana lebih tahan lama.

“Manakala pemuliharaan dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan surat khabar ialah melalui proses salut mati serta pembaikan salutan tisu.

“Kos pemuliharaan untuk surat akhbar bersaiz AO ini dianggarkan RM100 setiap helaian. Ia agak mahal kerana menggunakan bahan import berkualiti tinggi dan bebas asid,” katanya.

Beliau berkata, dokumen penting negara disimpan dalam bilik kebal yang dikawal bacaan suhu antara 18 hingga 20 darjah Celcius dengan tahap kelembapan antara 45 hingga 55 peratus.

“Dalam bilik kebal ini ada mesin yang merekod tahap kestabilan kelembapan dan bacaan suhunya serta terdapat pegawai yang memantau bacaan mesin dehumidifier berkenaan.

“Sebab itu, dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan dan dokumen penting lain jarang dikeluarkan dari bilik kebal. Ia hanya dikeluarkan kurang daripada 10 kali setahun demi menjaga kualiti dan ketahanan,” katanya.

Mohd Nasir berkata, penulis utama kandungan dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan ialah Ibrahim Mahmood yang berasal Tanjung Tokong, Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 1990.

“Difahamkan, 29 individu terbabit dalam penulisan kandungan dokumen ini termasuk Senu Abdul Rahman.

“Tetapi identiti penulis tangan khat Jawi ke atas kulit kambing masih belum dapat dikenal pasti hingga kini dan dipercayai salah seorangnya berasal dari Kelantan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

13 thoughts on “Tiga dokumen kemerdekaan paling penting masih tersimpan

  1. Очень свежие новости мира fashion.
    Все события всемирных подуимов.
    Модные дома, торговые марки, гедонизм.
    Самое лучшее место для модных людей.
    https://sneakero.ru/

  2. Точно важные новости моды.
    Абсолютно все мероприятия всемирных подуимов.
    Модные дома, лейблы, haute couture.
    Новое место для стильныех хайпбистов.
    https://sneakerside.ru/

  3. Абсолютно трендовые новости индустрии.
    Важные события всемирных подуимов.
    Модные дома, бренды, haute couture.
    Приятное место для стильныех хайпбистов.
    https://sneakersgo.ru/

  4. Абсолютно свежие новости моды.
    Все события самых влиятельных подуимов.
    Модные дома, торговые марки, haute couture.
    Самое лучшее место для модных людей.
    https://ulmoda.ru/

  5. Точно стильные новости модного мира.
    Важные события самых влиятельных подуимов.
    Модные дома, лейблы, haute couture.
    Лучшее место для трендовых хайпбистов.
    https://paris.luxepodium.com/

  6. Точно актуальные события мировых подиумов.
    Абсолютно все события самых влиятельных подуимов.
    Модные дома, бренды, гедонизм.
    Самое приятное место для модных хайпбистов.
    https://richlifestyle.ru/

  7. Несомненно актуальные новости мира fashion.
    Все мероприятия лучших подуимов.
    Модные дома, бренды, haute couture.
    Свежее место для модных людей.
    https://furluxury.ru/

  8. Очень важные новинки моды.
    Абсолютно все события лучших подуимов.
    Модные дома, торговые марки, гедонизм.
    Самое лучшее место для модных людей.
    https://fe-style.ru/

  9. Очень актуальные события подиума.
    Актуальные эвенты известнейших подуимов.
    Модные дома, лейблы, haute couture.
    Свежее место для трендовых хайпбистов.
    https://balenciager.ru/

  10. Несомненно актуальные события моды.
    Исчерпывающие эвенты мировых подуимов.
    Модные дома, торговые марки, высокая мода.
    Новое место для модных людей.
    https://outstreet.ru/

  11. LeCoupon: актуальные новинки для любителей fashion шоппинга
    Лента новостей, события, модные луки, эвенты, коллекции, подиум.
    https://qrmoda.ru/

  12. LeCoupon: свежие события для любителей fashion шоппинга
    Лента новостей, события, модные луки, мероприятия, коллекции, подиум.
    https://qrmoda.ru/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *