Theodore Herzl

Perang Dunia Pertama tercetus akibat pertelingkahan yang dikatakan bermula lama sebelum perang itu terjadi. Pertelingkahan berlaku antara kerajaan Austria-Hungary dengan kerajaan Serbia pengaruhnya yang berusaha memperluaskan kuasa dan bagi Yahudi, perang ini menjadi platform bagi mereka mengaburi mata dunia khususnya kerajaan Uthmaniyah. Dengan meletusnya perang, pengganas Zionis Yahudi dapat mencapai matlamat mereka yang tersirat, iaitu mengambil alih negara Palestin dan menubuhkan negara Yahudi.

Sebenarnya bangsa Yahudi sudah mula berpindah secara beransur-ansur ke Palestin sejak dekad terakhir abad ke-19 lagi. Perpindahan ini dilakukan sebagai strategi bagi mendirikan negara mereka yang kukuh di sana. Walaupun demikian, perpindahan itu dilakukan secara senyap-senyap dan rahsia dengan didalangi oleh dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu Britain dan Perancis.

Dua nama yang tidak pernah dilupakan dalam mengatur peristiwa penting ini adalah Theodore Herzl (pengasas gerakan Zionis) dan Lord Rothschild (tokoh Yahudi yang kaya-raya). Hasil pengaruh wang dan ketelitian perancangan kedua-duanya, usaha yang dilakukan berjaya mencapai matlamat dan menepati sasaran yang ditetapkan. Theodore Herzl menggunakan hubungan baik dengan ketua kerajaan negara-negara Eropah bagi mendapatkan sokongan ke atas usul merampas tanah Palestin dan menubuhkan negara Israel.

Keluarga Rothschild berperanan penting menyokong usaha Herzl melalui pembiayaan kewangan dan pengaruhnya. Semasa membuat pembentangan kepada Majlis Keselamatan, Herzl mencatat dalam diarinya:

Saya menarik perhatian Rothschild dan tokoh-tokoh Yahudi lain tentang misi bersejarah ini. Saya mengalu-alukan semua yang ingin menghulur bantuan walaupun hanya berbentuk muhibah – kita perlu bersatu padu – dan memusnahkan segala keburukan.

Melalui perantaraan, Herzl berjaya mendekati individu paling berkuasa di Eropah seperti King George V, Duke of Baden dan Sultan Turki. Herzl membantu Sultan Turki meredakan tekanan pemberontakan Armenia melalui usaha diplomasi yang dilakukannya di London. Walau bagaimanapun, Sultan Turki menolak sebarang bentuk bantuan kewangan yang mahu disalurkan oleh Yahudi kepada kerajaan Uthmaniyah. Sultan Turki menyatakan:

Orang Yahudi boleh membelanjakan sebanyak mana wang yang mereka mahu. Apabila kerajaan pimpinan saya ini berpecah, mereka mungkin mendapat Palestin tanpa sebarang bayaran. Tetapi mereka perlu melangkah mayat saya terlebih dahulu. Saya tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang bentuk pemecahan.

Herzl adalah personaliti yang bertanggungjawab mengatur Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland. Kongres yang berlangsung dari 29-31 Ogos 1897 ini dihadiri oleh seramai 197 ‘delegasi; terdiri daripada golongan Yahudi ortodoks, nasionalis, liberalis, ateis, tokoh kebudayaan, anarki, sosialis, dan kapitalis.

Herzl adalah personaliti yang bertanggungjawab mengatur Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland. Kongres yang berlangsung dari 29-31 Ogos 1897 ini dihadiri oleh seramai 197 ‘delegasi; terdiri daripada golongan Yahudi ortodoks, nasionalis, liberalis, ateis, tokoh kebudayaan, anarki, sosialis, dan kapitalis.

Beberapa pengumuman dibuat dalam kongres itu. Antaranya:

Kita mahu mendirikan batu asas kepada sebuah negara yang menjadi tempat berlindung orang Yahudi dan Zionisme berusaha mendapatkan tanah air bagi orang Yahudi di Palestin, yang diiktiraf umum dan sah dari segi undang-undang.

Dalam kongres itu, Protokol Asas yang menjadi nadi kepada pergerakan Zionis dunia diterima pakai seperti berikut:

1. Pejuang Zionis berusaha mewujudkan tanah air bagi orang Yahudi di Palestin yang dilindungi oleh undang-undang awam dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

2. Menggalakkan penaklukan Yahudi ke atas Palestin dengan cara yang sesuai, menggunakan kehadiran pekerja dalam bidang pertanian dan perindustrian.

3. Menyatukan dan menyusun seluruh jentera kerja Yahudi melalui institusi yang sesuai, sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa, menurut undang-undang setiap negara, menjadikan mereka badan atau pergerakan yang sah.

4. Memupuk dan mengukuhkan sentimen dan kesedaran kebangsaan Yahudi.

5. Melaksanakan langkah persediaan bagi memperolehi persetujuan kerajaan negara asing sekiranya perlu. Matlamat ini dicapai dengan cara menjalin hubungan yang baik dan erat dengan kerajaan dan tokoh penting di negara terbabit.

Selepas kongres itu, akhbar American Jewish News menyiarkan perbualan antara Herzl dengan Litman Rosenthal, salah seorang delegasi di kongres itu berkenaan tuntutan mereka bagi mendapatkan Palestin daripada Empayar Uthmaniyah. Kata Herzl:

Turki mungkin menolak atau tidak memahami kita. Kita tidak harus patah semangat. Kita mesti mencari penyelesaian lain bagi mencapai matlamat ini.

Masalah berkaitan Yahudi semakin membarah sekarang. Lambat-laun masalah ini menyebabkan pertelingkahan antara negara-negara. Peperangan di Eropah tidak dapat dielakkan lagi. Peperangan pasti berlaku. Saya ternanti-nanti saat yang mengujakan ini tiba. Selepas itu, persidangan perdamaian menyusul dan kita perlu bersedia menghadapinya. Kita pasti dipanggil ke persidangan negara-negara kuasa utama ini. Kita mesti buktikan pentingnya satu penyelesaian bagi menangani permasalahan Yahudi ini. Kita mesti buktikan masalah Palestin dan Yahudi adalah sama – kedua-duanya perlu diselesaikan serentak. Kita perlu meyakinkan mereka, masalah Yahudi adalah masalah dunia dan masalah dunia perlu diselesaikan oleh seluruh dunia. Penyelesaian tidak lain dan tidak bukan adalah dengan mengembalikan tanah Palestin kepada orang Yahudi. (7 Mac 1919).

Peperangan yang dimaksudkan oleh Herzl itu ialah Perang Dunia Pertama. Perang ini menjadi strategi kepada Yahudi bagi mewujudkan negara sendiri tanpa mendapat tentangan serius daripada negara negara yang sedang sibuk berperang. Perang ini berfungsi sebagai serampang dua mata bagi Yahudi iaitu:

1. Bagi melemahkan bangsa yang paling kuat di Eropah iaitu bangsa Aryan. Aryan adalah bangsa utama di Jerman yang mempunyai jati diri dan karekter tersendiri. Bangsa ini amat benci kepada Yahudi dan dilihat mampu menggugat Yahudi.

2. Perang ini bermatlamat meruntuhkan empayar Islam terakhir iaitu Empayar Uthmaniyah. Apabila empayar ini runtuh, terbuka laluan bagi Yahudi memiliki negara sendiri dengan merampas Palestin melalui bantuan tiga kuda tunggangan mereka Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.

Akibat ditekan oleh British dan Perancis, kerajaan Uthmaniyah sebenarnya pernah menawarkan mana-mana tanah jajahannya selain Palestin kepada Yahudi. Tetapi tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Herzl. Inggeris yang turut tertekan dengan tuntutan melampau itu mendapati Herzl pernah mengemukakan kehendaknya dan objektif perjuangan Zionis kepada Suruhanjaya Diraja mengenai penghijrahan bangsa asing. Dia turut mempergunakan akhbar akhbar yang berpengaruh seperti Daily Chronicle dan Pall Mall Gazette bagi tujuan yang sama.

Selepas berusaha dan menggunakan kebijaksanaan mereka berdiplomasi, Zionis akhirnya bersedia berunding bagi menempatkan orang Yahudi di sempadan Mesir iaitu di al-‘Arish yang terletak di Semenanjung Sinai. Tetapi usul itu ditolak oleh kerajaan Mesir kerana tidak bersedia menyerahkan perairan Sungai Nil kepada pihak lain. Usul itu juga ditolak oleh kerajaan

Turki melalui pesuruhjayanya di Kaherah. Agen British di Kaherah dinasihatkan supaya tidak meneruskan sebarang usaha penempatan bangsa Yahudi di situ. Draf petempatan di al-‘Arish sudah pun disediakan oeh firma guaman Lloyd George, Roberts and Co. serta diarahkan oleh wakil kerajaan British, Leopold Greenberg. Perdana Menteri Britain, Joseph Chamberlain yang baharu pulang dari lawatan ke Afrika Timur British pada musim bunga 1903, mencadangkan kepada Herzl supaya membuka petempatan Yahudi di Afrika Timur (kini Kenya).

Herzl menyangka negara yang dimaksudkan adalah Uganda. Dia menggesa bangsa Yahudi menerima skim perpindahan ke Uganda, dengan alasan petempatan itu sementara sahaja. Tetapi gesaannya itu menerima tentangan daripada hampir seluruh komuniti Yahudi. Akhirnya skim perpindahan ke Afrika Timur turut menemui jalan buntu.

Herzl menemui ajalnya pada 3 Julai 1904 dan jawatan ketua Zionis antarabangsa diambil alih oleh David Wolffsohn yang berbangsa Yahudi Litvak. Dalam pada itu, pendukung gerakan Zionis membuka cawangan Bank Anglo-Palestine di Istanbul. Bank itu dijadikan ibu pejabat gerakan Zionis yang beroperasi dari dalam kawasan pemerintahan Empayar Uthmaniyah.  Ketua pengarahnya, Victor Jacobson yang didatangkan khas dari Beirut menyifatkan dirinya mewakili Syarikat Anglo-Palestine pada luarannya, tetapi sebenarnya berperanan menyebarkan propaganda di kalangan Yahudi Turki. Kontraknya meliputi tugasan menjalin perhubungan dengan parti-parti politik, mengadakan perbincangan dengan ahli parlimen Arab dari Syria dan Palestin, serta menggaris dan melaksanakan pendekatan umum bagi menarik perhatian para intelektual muda Turki melalui akhbar yang diterbitkan oleh pejabat Zionis. Jelas bagaimana Pengganas Yahudi menggunakan kesempatan memanipulasi golongan hartawan, peperangan, nasionalis Turki termasuklah media serta sektor perbankan untuk menjayakan agenda Zionisme secara halus merampas tanah rakyat Palestin bagi menubuhkan negara haram Israel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *