Pada tahun 1821, telah berlaku serangan Siam keatas kerajaan negeri Kedah. Serangan tersebut dilakukan tanpa sebarang amaran daripada pihak Siam. Mereka telah menyerang Kedah dikawasan pentadbiran utama iaitu Kota Kuala Kedah. Akibat daripada serangan tersebut, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah melarikan diri dan tinggal di Pulau Pinang. Pada waktu inilah dalam tahun 1824, Sultan telah menulis surat memohon bantuan kepada kerajaan Uthmaniyyah. Secara kebetulan Osman Effendi sering belayar diantara Jawa dan Madinah belayar bersama dengan ayah, isteri serta anaknya. Pada waktu inilah surat tersebut diberikan daripada pemerintah Jawa kepada Osman Effendi untuk dibawa kepada pihak kerajaan Uthmaniyah.
Surat Sultan Ahmad Tajuddin ditulis didalam bahasa Arab dan telah diterjemahkan didalam bahasa Inggeris. Kemudian surat ini diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Berkemungkinan berlaku ralat namun tidak mengubah maksud ayat.
Rangkap pertama (Diringkaskan)
Mukadimah dengan puji-pujian kepada baginda Nabi Muhamamad SAW, keluarga serta sahabat baginda. 
Puji pujian kepada sultan Uthmaniyah penjaga dua kota suci, khalifah islam, menjaga tanah orang Islam.
Rangkap kedua
Beta menghantar perkenalan lebih halus dari angin dan lebih manis daripada kesihatan tidak pada kesakitan, dengan penghormatan lebih dalam daripada wangian kasturi atau embergris(minyak wangi daripada ikan paus), dengan menyembah tuhan setiap masa, daripada keindahan diri yang menderita dan duka ingin menjelaskan keadaan beta, yang mana tidak mampu disorok daripada pihak anda (Uthmaniyyah). 
Beta adalah seorang pemerintah di tanah orang Jawi dibawahnya yang dipanggil Kedah, yang diwarisi semenjak zaman dahulu. Kami telah berada dibawah pentadbiran 15 orang pewaris, sultan kesemuanya. Kami ingin memberitahu diatas hubungan lama yang erat, tanah kami menjadi warisan Islam diatas semangat yang tinggi dari anda. Tahun lepas kami menjaga tanah kami dengan baik, telah datang golongan (Magian king) dengan muslihat dan khianat mereka memasuki tanah kami, yang mana asalnya hanya ingin merentasi untuk mencari rezeki. 
Apabila mereka tidak menjumpai beta, mereka menyerang dan menjajah tanah kami, membunuh 4 orang menteri beta, saudara lelaki beta, pegawai kerajaan negeri dan beberapa keturunan Alawi Sayyid. Mereka menangkap anak beta setelah dia cedera didalam peperangan, saudara perempuan, anak saudara, dua anak perempuan dan anak Sayyid (keturunan nabi) sebagai tahanan. Kemudian mereka memasuki kawasan istana beta, seorang penyampai maklumat tiba dahulu sebelum mereka, dan beta melarikan diri bersama anak yang masib bergantung kepada beta kesebuah tempat bernama Pulau Pinang, sebuah kawasan asalnya milik kami namun diambil Bristih pada zaman pemerintahan ayahanda beta. Sekarang beta berada disini, mengharapkan keajaiban tuhan para nabi dan pihak anda (Uthmaniyyah), kapal kamu daripada Muhammad Ali Pasha, Gabenor Mesir seringkali berlabuh dipulau ini setiap tahun. 
Demi tuhan! Tolonglah! tolonglah kami dengan semangat Muhammad dan keturunan Hashim membantu menyelamatkan tanah orang muslim, kita saudara yang menyembah tuhan yang satu, dan anak cucu keturunan nabi, pembawa rahmat Tuhan, sejahtera keatas nabi. Moga tuhan mengangkat darjatmu dan bala tenteramu, menjadi tempat perlindungan dan kejayaan yang tertinggi bagi pihak kerajaan Uthmaniyyah. Semoga jasa dan bantuan anda diangkat tuhan sebagai bekalan akhirat. Moga Tuhan merahmati Muhammad, lelaki terbaik, saudaranya dan sahabatnya.
Kepala surat (seal)
Al-aziz dhu al mulk al-qadir al-ghalib ghayar al-maghlub al-sultan khalifat Allah ala da’irah Kedah wa-huwa al Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah bin al-Sultan Abdullah Mukarram Shah sanat 1219.” Tuhan yang satu, raja kerajaan, Maha Agung, Maha Menguasai dan tidak akan dikuasai, sultan wakil tuhan pemilik kerajaan Kedah dia Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, anak kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah, tahun 1219
Sumber: BOA HAT.785/36657
Rujukan 
Ottoman-Southeast Asian Relations (2 vols.): Sources from the Ottoman Archives

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *