Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Ia juga tergolong diantara “Senjata Api Melayu” yang digelapkan dalam sejarah.Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. 
Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silam Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang tentera Salib Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke di Sarawak.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Dalam filem 6 Jahanam senjata ini ada buat “comeback” dan digunapakai oleh Laksmana Damburi (Yusof Latiff) untuk membantu Tantari (P. Ramlee) dalam kembaranya membalas dendam. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *