Sebuah tempat yang dikenali sebagai New York Federal Reserve merupakan tempat penyimpanan emas terbesar di dunia. Tempat ni digunakan untuk simpan emas dari pelbagai negara, bilik kebal tersebut berada kira kira 24 meter di bawah tanah. 
Bilik kebal ini menyimpan kira kira 497,000 jokong emas, pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke sini selepas Perang Dunia Kedua, pemegang akaun yang meletakkan emas mereka disini akan dapat satu ruangan rahsia. 
Terdapat hampir 122 tempat untuk meletakkan emas, setiap pemegang akaun akan mendapat satu tempat. Kesemua emas tersebut dikatakan bernilai lebih 260 billion dollar atau bersamaan RM1,134,510,000,000.00 (1.1 Trillion Ringgit)
IMF, Deutsche Bundesbank dan Banca d’ Italia merupakan antara pemegang akaun yang menyimpan emas mereka paling banyak disini, tempat ini pernah mempunyai 960,000 jokong emas pada tahun 1963. 

Bilik kebal ini dilindungi oleh beberapa lapisan keselamatan yang paling ketat dan dikawal 24 jam. Selain itu juga bilik kebal ini mampu memberikan oksigen selama 72 jam sekiranya ada orang terperangkap di dalam bilik tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *