Ismail Haniyeh

Berita terkini: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mengumumkan pada Selasa, 21 November tentang pendekatan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Tel Aviv.

Haniyeh menyatakan gerakan tersebut telah memaklumkan jawapannya kepada Qatar dan pihak perantara lain.

Pemimpin Hamas, Azzat al-Rishq mengesahkan Qatar akan mengumumkan perjanjian gencatan senjata dan butiran lanjut dalam beberapa jam mendatang.

Beliau menambah perjanjian mestilah disepakati dan memuaskan selain mencerminkan tuntutan pejuang yang bersatu di medan peperangan dan juga dalam arena politik.

Menurut laporan portal berita Israel, Yahya Sinwar, Ketua Biro Politik Hamas di Gaza menetapkan syarat dalam perjanjian untuk melarang sebarang aktiviti pesawat Israel ke aras Gaza semasa gencatan senjata berlangsung.

Portal tersebut menyebutkan tindakan ini menimbulkan kebimbangan badan keselamatan Israel mengenai kemungkinan pejuang Hamas cuba megambil kesempatan ketika dalam temph genjatan senjata untuk menyerang pasukan penjajah atau mengumpul maklumat mengenai lokasi pasukan di medan perang.

Sumber: Eekad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *