Pernah ke terfikir kalau kapal yang dah lama dan rosak akan dibawa ke mana? Ada satu tempat yang menjadi ‘kubur’ kapal lama ni.

Lokasi pelupusan kapal yang terletak di daerah Bhavnagar, di dalam negeri Gujarat, India merupakan tempat bersemadinya kapal besar dunia seperti kapal tangki, kapal cruise, feri dan lain lain. Disinilah tempat di mana kapal tersebut akan dileraikan satu persatu.

 

Terdapat ribuan kapal yang menjadikan ‘kubur’ ini selama tempat terakhir mereka. Pekerja akan memotong dan mencabut bahagian kapal. Ianya juga merupakan tempat peleraian badan kapal terbesar didunia.

Walaupun dikenali sebagai tapak pelupusan kapal terbesar didunia tapi tempat ini mendatangkan bahayanya yang tersendiri.

 

Mungkin hanya kata ‘ala kapal tu besi je, bukan ada apa pun’, perlu di ingat yang kapal besar seperti kapal kontena adakala membawa muatan bahaya seperti toksik malah ada kapal yang bahan apinya daripada tenaga nuklear.

Sisa berkenaan akan mula memasuki laut berdekatan dan hidupan laut akan terancam bukan sahaja hidupan laut malah kehidupan disekitar kubur besar kapal tersebut.

Besi yang dipotong akan dikitar semula untuk dijadikan kapal lain atau bahan yang berkaitan, pekerja disana perlu memakai topeng kerana sedar akan bahaya toksik daripada sisa minyak kapal yang dipotong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *