Sensasi pasal Perang Saudara Syria sudah lama terkubur. Kalau tahun 2013 dulu, bukan main banyak fitnah ditaburkan kononnya Bashar Assad memaksa rakyat Syria mengakunya Tuhan. Sekitar tahun 2016 macam tu, minat orang pada Perang Saudara Syria dah kurang.
Tahun 2023? Tiada siapa peduli. Malah Dunia Arab sendiri sudah “move on” dengan isu Syria ni. Lalu demikian hari, Bashar Assad sendiri dah boleh bertemu dengan pemimpin-pemimpin Arab.
Gambar pertama tu tunjuk Bashar berjabat tangan dengan Sultan Oman Haitham bin Tariq. Lihat kemesraan mereka. Seolah-olah takde benda yang berlaku.
Gambar kedua pula menunjukkan Bashar berjalan seiringan dengan ketua-ketua Parlimen Arab. Semua negara Arab ada dalam “Parlimen Arab” ni tau. Sekali lagi, seolah takde benda jadi antara mereka.
Apa yang boleh kita belajar disini?
1. Apabila Amerika Syarikat (Amerika Kubro) tak terlibat kat Timur Tengah, akan ada “Amerika-Amerika Kecil” (Amerika Sughro) yang buat hal demi kuasa.
2. Gaduhlah macam mana pun. Kalau sudah penat tarik bulu dada masing-masing, puak-puak Arab ini akan berbaik semula.
Mungkin ada yang cakap, mereka ni berbaik sebab nak tolong rakyat Syria yang sengsara akibat gempa bumi tu. Benar, tetapi kena fikir juga: rakyat Syria sengsara lagi teruk selama ni akibat perang. Sebab tu kita kena hayati balik apa Speaker Parlimen Iraq cakap, “kita tak boleh buat benda ni tanpa Syria; dan Syria tak boleh buat benda ni tanpa Arab.”
Benda ni dipanggil “thawing of ties” yang mana Syria mungkin boleh berbaik semula dengan semua negara Arab macam dulu.
Sumber : Ahmad Faezal The Patriot
Very interesting subject, thank you for putting up.Raise your business