Nama lengkap tokoh sufi dan agamawan yang berakhlak mulia ini ialah Syeikh Haji Umar Bin Haji Muhammad Bin Tun Sulong Bin Tun Surati Bin Tun Jenal. Beliau sebenarnya berdarah keturunan bangsawan iaitu dari nasab Raja Bendahara Pahang yang berhijrah ke Batu Pahat, Johor. Syeikh Haji Umar berasal dari Parit Ju atau Parit Abdul Rahman, Mukim Empat, Batu Pahat, Johor. 
Beliau menerima pelajaran, asuhan dan didikan Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dari Wali Allah Syeikh Abdul Wahhab Rokan sewaktu gurunya tersebut datang ke Batu Pahat, Johor, pada tahun 1888.
Syeikh Haji Umar mula mengajarkan Tareqat Naqshabandiyyah Khalidiyyah dan memimpin suluk pada tahun 1910 di Kampung Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang. Murid-murid beliau yang dilantik menjadi khalifah melebihi seratus orang.
Diantara anak muridnya ialah :
1. Tuan Guru Imam Haji Ishaq Raub
2. Imam Luqman Bin Haji Umar – Anaknya
3. Tuan Guru Haji Ziyadi Bin Haji Salim – Kadi daerah Raub yang ke 3
4. Tuan Guru Haji Muhammad Salih Bin Haji Umar
5. Tuan Guru Haji Abdul Wahab Bin Haji Muhammad Siddiq Bin Haji Salim
6. Tuan Guru Kiyai Haji Othman Bin Haji Mohd Amin
Syeikh Haji Umar diriwayatkan mempunyai beberapa karomah kurniaan Allah Taala . Diantara yang mahsyur :-
Pada suatu ketika, seorang daripada murid Syeikh Haji Umar yang juga pemegang kunci masjid telah terjatuhkan anak kunci pintu masjid secara tidak sengaja ke dalam perigi. Lalu hal ini diberitahu kepada Syeikh Haji Umar. Terus Syeikh Haji Umar dengan segera mendatangi perigi yang dimaksudkan lalu dikacau-kacaunya permukaan air perigi dengan jari telunjuknya seumpama mengacau air di dalam cawan. Dengan izin Allah sebentar kemudian anak kunci yang tenggelam itu pun timbul ke permukaan.
Beliau meninggal dunia ketika berusia 76 tahun dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan khas Durian Sebatang, Mukim Gali, Raub, Pahang.
Sumber : Tengku Yusuff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *