Syeikh Abdullah al-Lahji – Ulama Mekah yang menjadi guru Ulama Melayu ( 1924 – 1989 )

Syeikh al-Faqih al-Muarrikh al-Muhaddits al-Lughawi al-Adib Abdullah Bin Sa`id Bin Muhammad bin Ubaadi al-Lahji al-Hadhrami adalah seorang ulama besar, Mufti asy-Syafi`iyyah Kota Mekkah al-Mahmiyyah.
Beliau dilahirkan di Kota Lahj, Yaman pada tahun 1924 dalam keluarga ulama yang kuat beragama. Sejak kecil beliau telah menghafal al-Quran dan berbagai matan di bawah asuhan ayahandanya sendiri. Kemudian, beliau dihantar oleh ayahanda beliau ke Kota Hauthah untuk menimba ilmu di bawah Syeikh Hasan Abdullah Ibrahim sehinggalah ayahandanya meninggal dunia pada tahun 1935, di mana beliau telah dilantik untuk menggantikan tugas ayahandanya menjadi muadzin, khatib dan imam. Semua tugas tersebut dipikul beliau dengan penuh ikhlas dan amanah, selain tugas menjadi imam, di mana beliau kerap menolak untuk menjadi imam kerana sikap tawadhu’nya.
Pada tahun 1939, beliau meneruskan pengajiannya dengan para ulama di Kota Marawa`ah. Beliau menetap di kota tersebut sehinggalah tahun 1942 di mana pada tahun tersebut beliau berpindah ke Kota Zabid untuk menimba ilmu dengan para ulamanya. Beliau menetap di Kota Zabid sehinggalah gurunya wafat pada tahun 1952.
Pada tahun 1954, Syeikh Abdullah berangkat ke Hijaz untuk menunaikan fardhu haji dan beliau tinggal di Kota Mekah selama setahun sebelum pulang ke Yaman. Dalam tahun 1957, beliau memutuskan untuk berhijrah ke Kota Mekah dan tetaplah beliau tinggal di sana sehingga kewafatannya pada tahun 1990.
Di antara guru-guru beliau, selain ayahandanya sendiri, adalah :
1. Syeikh Hasan Abdullah Ibrahim
2. Sayyid Abdur Rahman Bin Muhammad al-Ahdal
3. Allaamah Abdullah Bin Ali al-Amudi
4. Sayyid Abdullah Bin Ahmad al-Haddar
5. Sayyid Alawi al-Maliki
6. Syeikh Hasan al-Masyat
7. Syeikh Muhammad al-Arabi al-Tubbani
8. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani
9. Sayyid Muhammad Amin Kutbi
10. Syeikh Hasan Bin Sa`id al-Yamani dan ramai lagi
Murid-murid beliau juga ramai, antara mereka yang berasal dari Alam Melayu ialah :
1. Syeikh Abdul Qodir al-Mandili ( 1910 – 1965 )
2. Baba Sin Surat @ Baba Hussin Siraj ( 1926 – 2009 )
3. Syeikh Salleh Penanti ( 1928 – 2012 )
4. Tuan Guru Haji Ahmad Tuaran ( 1928 – 2019 )
5. Sohibus Samahah Tan Sri Abdul Kadir Bin Talib – Mufti Wilayah Persekutuan Ke 3 ( 1929 – 2015 )
6. Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada ( 1936 – Kini )
7. Tuan Guru Syeikh Haji Yahya Asy’ari ( 1940an – Kini )
8. Syeikh Baba Wan Abdul Aziz Bin Ahmad Syafi’e al Fathani ( 1947 – 2014 )
9. Tuan Guru Haji Abdul Rahim Sungai Jagung ( 1950 – Kini )
10.Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahim Aur China ( 1950 – Kini )
11. Tuan Guru Ayah Mat Permatang Gading ( 1956 – 2017 )
12. Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki ( 1960 – Kini )
Syeikh Abdullah juga mengarang berbagai jenis karya, antaranya:-
1- إيضاح القواعد الفقهية لطلاب المدرسة الصولتية
2- إعانة ربِّ البرية على جمع تراجم رجال الحديث المسلسل بالأولية
3- المرقاة إلى الرواية والرواة
4- رسالة جمع فيها أربعين حديثاً
5- منتهى السول على وسائل الوصول إلى شمائل الرسول
6- إسعاف أهل الخبرة بحكم استعمال الصائم للإبرة
7- حديقة الأبرار شرح بهجة الأنوار
8- نظم في الغزوات
9- فتح المنان في شمائل شيخنا عبد الرحمن
10- نظم في القيلات المعتمدة في المنهاج للنووي
11- الأجوبة المكية عن الأسئلة الجاوية
12- حسنات الزمن في تراجم علماء اليمن
Syeikh Abdullah al-Lahji meninggalkan dunia yang fana ini di Mekah pada 25 Disember 1989 dalam usia 65 tahun. 
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *