Perkhidmatan Feri Sungai Bernam
Sebelum wujudnya jaringan jalan raya, Sungai Bernam merupakan penghubung utama yang menghubungkan antara kawasan pedalaman dengan kawasan muara. 
Oleh itu, fungsi Sungai Bernam dilihat sangat penting kerana menjadi medium terawal dalam membawa pembangunan di Daerah Sabak Bernam. Aliran Sungai Bernam yang mengalir bermula dari Gunung Liang di Perak telah melalui beberapa kawasan penting seperti Tanjung Malim sebelum berakhir di Sabak Bernam. 
Sungai secara semula jadi membekalkan sumber air dan juga protein kepada masyarakat. Oleh yang demikian tidak menghairankan sekiranya kewujudan sesebuah penempatan bermula di pinggir-pinggir sungai seperti sejarah Sabak Bernam ini.

Selain itu, Sungai Bernam juga pada suatu ketika dahulu pernah menjadi saksi bahawa Sabak Bernam juga terlibat dalam aktiviti perdagangan.

The Raja Muda lived here, presumably with the task of safeguarding a frontier in dispute between Selangor and Perak. Mud flats at the estuary made the town of Bernam inaccessible to any but small craf, though it was a trade centre “celebrated for rattans, of which large quantities are exported, and occasionally some Tin which is brought down the small Channels from the Perak Country.”

Berdasarkan kenyataan tersebut, Sungai Bernam bukanlah semata-mata laluan untuk ke muara dan ke hulu semata-mata, bahkan fungsinya yang sebenar adalah terlalu besar. 
Perkembangan dan pembangunan di Daerah Sabak Bernam adalah berkait rapat dengan kesan yang dibawa oleh pengaruh Sungai Bernam itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung telah menjadikan sungai ini salah satu bentuk perhubungan yang sangat penting sebelum wujudnya jaringan jalan raya di Daerah Sabak Bernam.
Rujukan : 
Proposal Road From Kuala Selangor to Sabak Bernam.

A History of Selangor 1766-1939

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *