Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab (Cikgu Anuar Wahab) adalah salah seorang Guru Utama (Grand Master) dari Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.
Beliau dilahirkan 23 Disember 1945 di Bagan Tunjang, Sabak Bernam, Selangor dan menghadiri sekolah “Sekolah Melayu Sabak Bernam” di Selangor dan Sekolah “Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur pada tahun 1963 telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara dengan membawa gelaran (A.M.N). Beliau juga dianugerahkan gelaran pendita oleh majalah senibela diri terkemuka negara di atas segala jasa dan sumbangan beliau di dalam dunia persilatan.
Pada tahun 1957, beliau belajar beberapa gaya seperti Silat Harimau Silat , Silat Cekak , Silat Sendeng , Silat Kuntau Betawi , dan Seni Silat Helang Sewah Kampung Hutan Melintang Kota di negeri Perak. Kecuali Silat Kuntau Cimande beliau belajar semua gaya ini dengan ahli keluarga yang berbeza.
Beliau menyambung pengajian dalam pengajian iktisas dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis pada tahun 1965-1966 . Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam peringkat Diploma Sarjana M.A Pengajian Islam pada tahun 1985 di UKM . Beliau seterusnya mendapat Sarjana M.A. di UKM pada tahun 1987 dalam bidang persuratan. Beliau pakar dalam pendidikan jasmani , seni dan kesusteraan. Ketika pengajian, beliau telah mengambil kursus dalam bidang :
1. Art (MPIK)
2. Dakwah Islam (JPM)
3. Grafik Animasi untuk Filem (IPTAT)
4. Pendidikan dadah
Beliau merupakan seorang guru bersara dalam bidang pendidikan jasmani, seni dan sastera, dan merupakan ahli kakitangan di Selangor KBSM Art Source.
Cikgu Anuar Wahab mula mempelajari Silat Gayung Fatani pada tahun 1965, di Sabak Bernam. Pada tahun 1976, allahyarham menubuhkan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia sebagai pengerusi dan Guru Utama. Seterusnya pada tahun 1976, allahyarham bersama almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad (PSSCM), allahyarham Dato Meor Abdul Rahman (PSSGM) dan Dato Omardin (PSLM) menubuhkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Disamping bertugas sebagai tutor di ASWARA, allahyarham juga aktif dalam bidang penulisan terutamanya yang berkaitan dengan silat.
Pada tahun 1983, melalui usaha Cikgu Anuar Wahab , Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah menjadi ahli kepada Pesekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Cikgu Anuar Wahab telah menjadi Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan Perguruan Pesaka Selangor.
Beliau seterusnya telah menubuhkan “Silat Olahraga” pada peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau pada ketika itu merupakan jurulatih dan juri pengadil bagi silat olahraga sejak 1984-2004 . Beliau juga mengasaskan “Silat Seni” pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau juga merupakan jurulatih dan juri pengadil bagi Silat Seni sejak 1995 . Selain itu , beliau juga turut mengasaskan “ Kursus Muzik Silat Baku Malaysia” dan beliau merupakan hakim untuk Pergendangan Silat ( Muzik Silat Baku Malaysia) di Kedah pada tahun 2002-2004 . Selain itu beliau menganjurkan kursus jurulatih dan hakim “Silat Seni” bagi sekolah – sekolah di seluruh Malaysia yang merupakan kursus untuk jurulatih, pengadil dan juri di Peringkat sekolah di Maktab Teknik Kuala Lumpur.
Beliau juga menjadi Pengerusi Teknikal Kejohanan Silat Dunia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 1987 dan Pengerusi Teknikal ke-14 bagi Sukan SEA Kuala Lumpur.
Cikgu Anuar Wahab telah memegang jawatan sebagai setiausaha kepada penajaan pembentukan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di Jakarta, Indonesia. Beliau juga telah menjadi jurulatih silat kepada beberapa negara seperti Austria, Switzerland, Perancis, Norway, Romania, Morocco dan Jerman untuk mengembangkan silat di negara mereka. Antara usaha beliau dalam mengembangkan seni silat pada peringkat antarabangsa adalah dengan mengadakan seminar dan bengkel di peringkat antarabangsa seperti Perancis, Switzerland, Austria, Jerman dan Korea Utara.
Beliau juga merupakan jurulatih bagi Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT). Cikgu Anuar Wahab telah melatih pasukan silat antarabangsa seperti Thailand dan Vietnam.
Beliau tokoh silat yang amat disegani di kalangan komuniti silat di dalam negara mahupun antarabangsa . Beliau yang merupakan pengerusi dan mahaguru bagi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah mengetuai pertubuhan tersebut dengan jayanya . Pelbagai kemajuan yang telah dilakukan beliau sepanjang menerajui pertubuhan tersebut sehingga dikenali di peringkat negara mahupun antarabangsa.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Perguruan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia ( Pesaka ) dan Ahli Dewan Perguruan Pesaka Selangor . Melalui PESAKA , beliau telah mengasaskan silat olahraga dan Kursus Muzik Silat Baku Malaysia . Pada peringkat antarabangsa pula, memegang jawatan sebagai setiausaha kepada penajaan pembentukan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) 1979 di Jakarta, Indonesia. Beliau juga telah menjadi jurulatih silat kepada beberapa negara seperti Austria, Switzerland, Perancis, Norway, Romania, Morocco dan Jerrman untuk mengembangkan silat di negara mereka.
Cikgu Anuar Wahab telah membangunkan pengajaran baru Seni Gayung Fatani Malaysia, berasal dari sistem lama, iaitu akademik pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diajar di sekolah-sekolah program. Beliau juga merupakan pengasas Silat Olahraga (sukan dan bentuk kompetitif Silat).
Cikgu Anuar Wahab meninggal dunia pada 10 Mac 2009 pada jam 6:10 petang waktu Malaysia, di Hospital Kajang, Selangor, Malaysia. Kematiannya adalah satu kejutan besar kepada masyarakat silat, tempatan dan antarabangsa. Sebelum kematiannya, beliau telah menulis buku persilatan yang bertajuk “Silat Olahraga” dan “Teknik Silat Melayu” dan buku tersebut telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku-buku tersebut telah dikeluarkan dalam dua bahasa untuk edaran tempatan antarabangsa. Karya terakhir beliau bertajuk “Silat-Sejarah perkembangan kurikulum silat melayu tradisi dan pembentukan kurikulum silat malaysia moden” menyingkap secara lengkap sejarah pembentukan kurikulum silat dan pembentukan Silat Malaysia yang kini telah dijadikan kurikulum silat PSGFM dengan nama Kurikulum Silat PSGFM Piawaian tahun 2000.