Presiden Sukarno memang terkenal sebagai peminat wanita. Disebabkan minatnya mendalam terhadap wanita maka Sukarno mempunyai 9 orang isteri termasuklah dari Jepun.
Isterinya dari Jepun itu ialah Naoko Nemoto atau nama Indonesianya Ratna Sari Dewi Sukarno yang merupakan isteri kelima Sukarno.

Dewi telah dilahirkan pada 6 februari 1940 dan berkahwin dengan Sukarno pada tahun 1962.
Sebelum itu dia telah bekerja sebagai geisha di kelab malam terkemuka di Jepun yang sering dikunjungi oleh warga asing. Dari sinilah pertemuan mereka bermula pada 16 Jun 1959 yang kemudiannya telah membenihkan rasa cinta antara mereka berdua.

Sehingga ke akhir hayatnya, Bung Karno masih menyebut tentang Dewi. Menurut cerita orang, ada 3 orang isteri yang begitu disayangi oleh Sukarno iaitu Dewi, Hartini dan Fatmawati.

Sumber Kredit Seri Cendekiawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *