Snouck Hurgronje (mati pada 1936), satu nama yang masyhur dalam dunia Orientalis. Merupakan ejen perisikan Belanda yang ditugaskan untuk mensabotaj kesatuan umat Islam Acheh.
Beliau menyamar sebagai sarjana Muslim dengan nama Haji Abdul Ghaffar. Mahir selok belok ilmu Islam hasil pengajiannya di Makkah. Penampilannya kelihatan seperti ulama’ tetapi sebenarnya pengkhianat.
Buku beliau bertajuk Atjeh Verslag, merupakan kajian terhadap budaya masyarakat Islam. Beliau mendapati sendi-sendi yang boleh dieksploit untuk melemahkan umat Islam
Antaranya dengan provokasi isu-isu khilafiyyah yang bertujuan untuk memecah belahkan kesatuan umat. Seterusnya menguasai fokus umat Islam, melupakan isu penjajahan yang sepatutnya diberikan prioriti.
Isu-isu picisan dihangatkan. Snouck Hurgronje berjaya. Islam di Acheh jatuh dan propaganda beliau menjalar ke seluruh alam Melayu sehingga wujud konflik kaum muda dan kaum tua.
Akhirnya penjajah meraih keuntungan. Umat Islam berbalah sesama sendiri.
Tidak tahu sejarah menyebabkan kita akan jadi bahan sejarah. Yang pasti, watak seperti Haji Abdul Ghaffar akan wujud sehingga hari ini.
Kita perlu waras dan waspada.
Snouck Hurgronje
p/s: Jika mahu bicara soal extremisme, sepatutnya dikaji dasar luar, propaganda dan konspirasi Amerika ke atas dunia Islam. Mazhab hanyalah dijadikan bahan manipulasi oleh mereka untuk mewajarkan konflik antara umat Islam.
Abdul Mu’izz Muhammad
7 Februari 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *