Masih ramai rupanya termakan fitnah dangkal kononnya Ukraine yang tembak MH17. Tak logik kan? Untuk apa Ukraine nak guna sistem anti-aircraft, sedangkan pemberontak tiada jet.
Jadi siapa yang tembak?
Hari ini kita semua tahu siapa yang bertanggungjawab. Untuk pengetahuan korang, Mahkamah Belanda telah membicarakan kes ini dengan adil. Segala fakta dan bukti dibawa ke medan perbicaraan. Dan hasilnya, tiga daripada empat suspek didapati BERSALAH.
Macam mana mereka mencapai keputusan tersebut? Pertama sekali, mereka mendapati dengan sahih Persekutuan Rusia telah melatih dan menyediakan bekalan senjata yang digunakan pihak pemberontak di Donetsk. Tak cukup, Persekutuan Rusia juga memainkan peranan koordinasi dan nasihat. 

Selepas kejadian, pihak Donetsk terpinga-pinga menghubungi Moscow ingin bercakap dengan “The Boss”. Jadi kat sini, Mahkamah Belanda berdepan dengan satu masalah: semua anggota tentera mendapat imuniti undang-undang. Macam mana nak dakwa kalau mereka ada imuniti?
Tapi… medan konflik adalah Donetsk yang berada dalam kawalan Rusia. Rusia pula tidak mengiktiraf militan Donetsk sebagai “Armed Forces of the Russian Federation”. Jadi militan ni TIDAK menikmati imuniti sedemikian. Atas sebab ni juga, mereka TIADA hak nak berperang di Donetsk. 

Kemudian mahkamah membincangkan bahan bukti. Pihak pembelaan cuba membangkitkan keraguan. Tetapi mereka gagal menafikan yang MH17 tumbang kerana Sistem Misil Buk. Sistem ni disahihkan berada di kawasan Pervomaisk pada hari kejadian. Dan di situlah misil dilancarkan.
Selepas kantoi tertembak pesawat penumpang, pelancar misil Buk tersebut digegas balik ke Rusia. Maka mahkamah tengok cara pengendalian sistem misil pula. Mereka yakin Buk tidak boleh disalah tembak (misfire). Ada kaedahnya, dan orang yang guna sistem ni TAHU apa akan jadi. 
Berdasarkan segala dapatan, mahkamah mendapati Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Leonid Kharchenko BERSALAH dan menjatuhi hukuman penjara seumur hidup. Oleg Pulatov pula didapati tidak bersalah kerana tidak begitu terlibat dalam operasi ini.
Alhamdulillah. Kebenaran sudah tertegak.  
Oleh: Ahmad Faezal
Kredit : The Patriots

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *