Di pekan Utqiagvik (dahulu barrow), sebuah bandar kecil di Alaska, matahari akan tenggelam pada 19 November 2021 dan akan terbit semula pada 22 Januari 2022. Dalam tempoh ini, tiada matahari terbit selama 65 hari. 
Selama dua bulan akan datang kerana ia telah memasuki fasa kegelapan tahunannya. 
Kegelapan berpanjangan dikenali ”malam kutub” merupakan fenomena di latitud tinggi yang terjadi dalam Bulatan Kutub Utara dan Antartika.
Fenomena ini berlaku setiap tahun pada musim sejuk di bandar Alaska kerana kecondongan paksi Bumi. Malam kutub adalah fenomena biasa yang berlaku setiap musim sejuk di Utqiagvik (Barrow), dan bandar-bandar lain dalam lingkaran Artik.
Kemiringan bumi menjadikannya tidak ada cahaya Matahari yang dapat menerangi kawasan tersebut. Walaupun fenomena itu, tidak akan menjadi gelap sepenuhnya. Pada waktu siang, bandar ini akan kelihatan waktu senja.
Kredit : Astronomi & Sains

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *