Kampung Batu 2 Sapintas adalah sebuah kampung tradisi yang dipercayai wujud sejak akhir tahun 1800. Nama asal kampung ini adalah Bagan Tunjang.
Nama Sapintas digunakan kerana kampung ini telah menjadi laluan pintas oleh ‘Sahabat Berenam’ iaitu pengasas Sabak Bernam yang berulang alik dari Bagan Terap dan Lubuk Pusing ke Pekan Sabak menggunakan laluan darat.
Kedudukannya yang berhampiran dengan Pekan Sabak menyebabkan ramai yang meneroka tanah untuk penempatan. Antara nama-nama yang orang dipercayai merupakan peneroka awal Kampung ini adalah Haji Wahab, Haji Hasan, Haji Suhaimi, Haji Ghazali, Haji Awam, Haji Abdul Rahim, Haji Harun dan beberapa orang lagi.
Rujukan : Koleksi Cerita Rakyat, Asal usul Tempat