Kampung ini dipercayai dibuka sekitar tahun 1800. Pada asalnya, Kampung Batu 37 Darat berada di bawah pentadbiran Kampung Batu 38. Oleh kerana kedudukan jarak batuan kampung ini lebih hampir dengan pekan lama Sabak Bernam, maka kampung ini pun dinamakan Kampung Batu 37 Darat. Seperti juga kampung- kampung di sekitarnya, aktiviti utama penduduk kampung Batu 37 Darat ini adalah bertumpu kepada aktiviti pertanian.