Roti Gardenia

Sebenarnya sejarah roti Gardenia ni telah bermula pada tahun 1969 yang mana pada ketika itu sebuah syarikat koperasi Amerika Syarikat iaitu International Executive Service Corporation telah menghantar seorang wakilnya bagi membuka sebuah perniagaan bakeri di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.
Wakil tersebut adalah Horatio Sye Slocumn yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam perniagaan bakeri di beberapa buah kedai roti semasa dia berada di Amerika Syarikat.
Seterusnya, Gardenia Bakeries(KL) Sdn. Bhd. telah membuat pengadunan roti buat pertama kalinya pada tahun 1986 dan hanya dalam masa 4 tahun sahaja Gardenia telah berjaya menakluki pasaran roti di negara kita Malaysia. Sehingga kini, roti Gardenia telah berjaya menghasilkan dan mempelbagaikan lagi jenis produk bakeri mereka yang sangat berkualiti tinggi sehingga menjadi kegilaan seluruh rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *