Terdapat sebuah gereja tulang rangka manusia di negara Republik Czech yang sangat unik dan menakutkan serta menyeramkan bagi yang pertama kali tahu dan masuk ke dalamnya.
Gereja ini adalah gereja mazhab Katolik dan bernama Sedlec Ossuary. Ia terletak di wilayah Sedlec, Republik Czech.
Apa yang menakutkan tentang gereja ini adalah terdapat ribuan tengkorak serta rangka manusia yang dijadikan hiasan  dalam banyak sudut dan ruangan gereja ini.
Bagaimana mulanya gereja ini dipenuhi rangka dan tengkorak manusia
Pada tahun 1278, Raja Otakar II dari Bohemia telah menghantar seorang paderi bernama Henry ke Jerusalem, Palestin.
Beliau telah membawa balik sedikit tanah dari Jerusalem dan menaburkan tanah tersebut di tanah perkuburan di Sedlec (tanah perkuburan ini terletak di sebelah gereja).
Orang-orang Kristian dari seluruh Eropah telah datang ke kubur ini dan membawa mayat-mayat ahli keluarga serta rakan-rakan mereka.
Mereka ingin mayat-mayat ini dikuburkan di tanah perkuburan Sedlec kerana menganggap tanah perkuburan itu suci sebab ada tanah dari Jerusalem.
Semakin hari semakin ramai orang datang membawa mayat sehinggalah menyebabkan bertimbun mayat serta tulang-temulang di tanah perkuburan tersebut.
Pihak pengurusan gereja pun bingung macam mana nak buat dengan ribuan timbunan tulang-temulang begitu.
Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk membuat perhiasan menggunakan tulang-temulang tersebut.

Seorang tukang besi bernama Frantisek ditugaskan untuk mencipta hiasan daripada tulang-temulang ini.
Pelbagai hiasa dicipta oleh Frantisek menggunakan tulang-temulang ini seperti hiasan lampu chandeliar, pemegang lampu dan lain-lain.
Dianggarkan sebanyak 40 ribu hingga 70 ribu rangka manusia digunakan untuk dekorasi dalam gereja tersebut.
Gereja ini menjadi tarikan utama Republik Czech. Dianggarkan seramai 200 ribu pengunjung datang melawat gereja ini setiap tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *