Rowan Atkinson
Rowan Atkinson dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pertengahan dan sangat menderita semasa kecil kerana kegagapannya semasa bercakap.  
Di sekolah beliau juga pernah diusik dan dibuli di kerana rupanya.  Pembulinya menyangka dia kelihatan seperti makhluk asing.  Tidak cukup sekadar itu, beliau dicop sebagai pelik dan sehingga beliau menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu, pendiam yang tidak mempunyai ramai kawan.

Beliau mengambil waktu bersendirian untuk menyelami ilmu sains dan ianya disedari oleh para gurunya di sekolah.  Tiada apa yang luar biasa tentang beliau pada mulanya.  Namun, lama-kelamaan para gurunya tidak menjangka bahawa beliau seorang saintis yang cemerlang, beliau telah membuktikan semua orang salah menilai kerana rupa parasnya.
Bekiau akhirnya diakui di Universiti Oxford pada zamannya atas kecemerlangannya dalam bidang sains. 

Seterusnya beliau mula jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi tidak dapat membuat persembahan kerana gangguan gagapnya.  
Belau berjaya mendapat ijazah sarjana dalam kejuruteraan elektrik sebelum muncul dalam mana-mana filem atau rancangan televisyen.
Selepas mendapat ijazahnya, beliau memutuskan untuk mengejar impiannya dan menjadi seorang pelakon dan oleh itu beliau mendaftar dalam kumpulan komedi tetapi sekali lagi, kegagapannya menghalang.

Banyak rancangan televisyen menolaknya, tetapi walaupun banyak penolakan, beliau tidak pernah berhenti mempercayai dirinya bahawa dirinya boleh berjaya dalam bidang lakonan terutamanya komedi.  
Beliau mempunyai semangat juang yang tinggi untuk membuat orang ketawa dan tahu bahawa beliau yakin ajan dirinya sangat mahir dalam hal itu.  
Beliau mula memberi tumpuan lebih dan lebih pada latihan sketsa komedi asalnya dan tidak lama kemudian menyedari bahawa beliau boleh bercakap dengan fasih setiap kali dia memainkan beberapa watak.  
Beliau mula menemui cara untuk mengatasi kegagapannya dan menggunakannya sebagai inspirasi dan kelebihan untuk lakonannya. 
Semasa belajar untuk menjadi Rowan Atkinson yang kelakar beliau mula menemui  watak aneh yang menyeronokkan, dan kini watak aneh itulah yang dikenali sebagai Mr. Bean.
Rowan Atkinson sebagai ” Mr Bean”

Mr. Bean menjadikannya terkenal di seluruh dunia dan di sebalik semua halangan yang beliau hadapi kerana penampilan dan gangguan bercakap, beliau membuktikan bahawa walaupun tanpa badan yang menarik atau wajah yang tampan, beliau boleh menjadi salah seorang  pelakon yang paling disayangi dan dihormati di dunia.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *