Mukim Sungai Panjang mempunyai lapan (8) buah kampung utama iaitu Kampung Tok Khalifah, Kampung Lubuk Pusing, Kampung Batu 4 Sepintas, Kampung Parit 9 Timur, Kampung 10 Timur, Kampung Parit 11 Timur, Kampung Parit 12 Timur dan Kampung Parit 9 Barat.
Menurut ceritanya, kawasan Sungai Bernam paling panjang sekali ialah di kawasan Sungai Panjang. Kemudian selepas kawasan sungai ini, barulah ada tanjungnya. Panjang sungai di kawasan ini hampir dua (2) batu dan sesetengah pendapat mengatakan tiga suku (4) batu. Kawasan ini dipercayai telah dibuka sebelum abad ke-18 lagi.
Kiah sejarah yang masyhur mengatakan bahawa pembukaan Kampung Sungai Panjang ini ada kaitan dengan kedatangan Raja Che Nong (Chinong) ke kawasan ini. Raja Che Nong berasal dari keturunan Sultan Abdul Samad iaitu Sultan Selangor yang berdarah Bugis. Keturunan beliau telah memimpin kawasan ini turun temurun sehingga kepada Ketua Kampung (Sidang) pada masa kini.
Perlantikan Tengku Kudin iaitu menantu Sultan Abdul Samad tidak dapat dinafikan telah menimbulkan perselisihan di kalangan keluarga diraja Selangor pada zaman tersebut. Salah seorang yang terlibat iaitu Raja Che Nong telah mengambil keputusan membawa diri ke Kuala Selangor dan seterusnya ke Sabak Bernam. Bukan sahaja Raja Che Nong, malah pemimpin gerakan penentangan terhadap Raja Abdullah dan Tengku Kudin iaitu Raja Mahadi juga dikatakan bersama Raja Che Nong membuka kampung di Sungai Panjang dan berkubu disini pada fasa-fasa akhir perang saudara Selangor. Bahkan terdapat  batu nesan berhampiran makam Raja Che Nong yang kemungkinan makam Raja Mahadi. 
Jika dilihat rentetan jawatan penghulu di Mukim Sungai Panjang ini, antara penghulu terawal di Sungai Panjang ini ialah yang pertama Penghulu Mohammed bin Lamsah, diikuti oleh Penghulu Syed Hashim bin Syed Ajam, serta Penghulu Syed Omar (1944-1948). Kemudiannya jawatan tersebut beralih kepada Penghulu Raja Mat, Penghulu Raja Malik, Penghulu Raja Abdullah, Penghulu Haji Jalil, Penghulu Haji Tajudin bin Chik, Penghulu Hussein, Penghulu Saian bin Abu Yamin, Penghulu Ngaini bin Wagiman, Penghulu Fauzi bin Abdul Morat, Penghulu Miskoni bin Madom, Penghulu Abdul Rahman dan Penghulu Rusli bin Muhibat. 

Syed Hashim bin Syed Ajam antara penghulu terawal di Sungai Panjang

Antara tempat-tempat yang mempunyai sejarah dan asal usul yang menarik di ini ialah Tanjung Medan, Teluk Gelanggang Buaya, Jerang Belanga, Sungai Durian, Merbau Berdarah, Sungai Dato’, dan Binjai Patah. Kampung-kampung seperti Lubuk Merbau dan Parit Tiga asalnya merupakan kawasan sawah (bendang) Pembinaan parit dan taliair oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (IPS) kawasan-kawasan kampung baru kepada kawasan Timur dan Barat.
Terdapat kawasan seperti sebuah bukit di Sungai Panjang yang dikatakan dahulunya menjadi laluan untuk ke istana di kawasan ini. Berhampiran bukit inilah adalah makam Raja Che Nong dan ahli keluarganya. Bersebelahan dengan makam Raja Che Nong ini pula terdapat makam Raja Latif. Batu nisan beliau dikatakan diperbuat daripada batu laut.
Makam Raja Che Nong

Makam Raja Latif

Makam yang dikatakan mungkin makam Raja Mahadi (cucuanda Sultan Muhammad)

Senjata Pusaka milik Raja Che Nong

Rujukan : Seni Lama Melayu, Kisah Rakyat dan Asal Usul Tempat

1 thought on “Raja Che Nong dan Mukim Sungai Panjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *