Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi amaran bahawa impian Israel untuk menghapuskan Hamas berisiko mencetuskan peperangan selama sedekad.
“Saya fikir kita berada pada titik di mana pihak berkuasa Israel perlu menentukan objektif dan keadaan akhir yang mereka inginkan dengan lebih tepat,” kata Macron pada sidang akhbar di luar Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas sebagai tindak balas terhadap serangan 7 Oktober dan melancarkan serangan ganas menerusi udara serta darat yang membunuh lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam.
“Apakah kemusnahan total Hamas dan adakah sesiapa berpendapat ia mungkin? Jika ya, perang akan berlangsung selama 10 tahun,” kata Macron pada hari Sabtu.
Sumber: Tv Pertiwi