Seorang remaja perempuan bernama Beau Jessup yang berusia 16 tahun telah menamakan seorang bayi dengan nama Eliza yang diambil daripada watak fiksyen.
Bayi tersebut merupakan anak kepada seorang rakan niaga ayahnya yang telah meminta beau untuk memberikan nama kepada bayi perempuannya itu ketika mereka bertemu di China.
Kemudian, dia telah melakukan sedikit kajian di internet berkaitan nama Inggris untuk anak-anak masyarakat di China setelah dia kembali ke Britain.
Beau mendapati bahawa mereka menghadapi kesukaran untuk mencari nama Inggeris yang bersesuaian melalui kajian itu.
Oleh itu, Beau membuat keputusan untuk membangunkan sebuah perniagaan yang memberikan perkhidmatan dengan menamakan bayi.
Beau kemudiannya telah mengupah seorang website designer untuk membina sebuah laman web iaitu ‘Special Name’ dengan bermodalkan RM7,581.82 yang dipinjam daripada ayahnya.
Dia membuat promosi dengan menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada 160,000 bayi yang terawal. Selebihnya, dia akan mengenakan bayaran sebanyak RM3.22 untuk satu nama.
Perniagaannya telah berjaya meraih keuntungan sebanyak RM1,564,658.02 setelah enam bulan pertama ‘Special Name’ dilancarkan.
Sumber:
news, sentiasapanas 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *