Perjanjian Inggeris – Siam 1909, dimeteraikan antara Siam dan Britain, pada 10 Mac 1909 dan membahagikan Negeri-Negeri Melayu Utara, tanpa mengambil-kira pandangan dan keputusan para pembesar Melayu di negeri yang terbabit, iaitu Patani, Yala, Narathiwat, Setul, Perlis, Kedah, Kelantan dan juga Terengganu, antara dua kuasa asing tersebut.
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menjadi naungan British, manakala Patani, Narathiwat, Yala dan Setul kekal menjadi sebahagian daripada wilayah jajahan Siam, walaupun majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Ianya merupaka “Nakbah” iaitu malapetaka dimana alam Melayu dipecah-oecahlan mengikut hawa nafsu jijik British dan Siam.
Dalam membicarakan tentang Perjanjian 1909, tidak ramai yang membahas tentang “tersisihnya Patani, Narathiwat, Yala dan Setul ” di dalam perjanjian caturan dua kuasa penjajah ini.Kegagalan Perjanjian Bangkok 1909, untuk memisahkan Patani daripada penjajahan kafir Sukhothai, telah memberi kesan yang amat buruk kepada kestabilan serantau.Justeru, rentetan daripada kegagalan ini, Patani kini sering bergolak dengan episod-episod kejadian serangan dari kumpulan pemisah dan juga kekejaman tentera Siam terhadap masyarakat Melayu di wilayah Selatan Thailand itu.
Sumber : Sejarah Duka Dan Air Mata Umat Islam Melayu Patani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *