Banyak timbul isu-isu yang bersangkut paut dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak menelaah fakta-fakta yang disembunyikan.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal “di maki hamun” bahkan mungkin kubur kita bakal “di kencingkan” oleh generasi mendatang!

Pada era tahun 1970an, buku sejarah sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Atatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau “menghapuskan kejumudan” orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan memperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Atatturk perwira Islam Turki yang sejarah namun hakikat sebenar dialah dajjal kecil yang merosakkan.

Kisah Kamal Atatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka. Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 1980an, barulah kisah mereka semua “dipulihkan” dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan “dikaburkan” oleh kita sendiri. Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951.

Sir Henry Gurney

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama dua tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin. Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948) yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Pembunuhan Dier Yasin

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita? Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Bukannya kita mahu berterima kasih kepada PKM kerana membunuh Henry Gurney, kita juga tahu agenda Komunis di Tanah Melayu. Namun, jenayah yang dilakukan Henry Gurney tetap sejarah yang memeritkan dalam peta berdarah umat Islam. British keluar dari Palestin dan kerah segala kekuatan tenteranya ke Tanah Melayu. Jarak waktu antara tarikh Nakbah Palestin (15 Mei 1948) dan Darurat Tanah Melayu (18 Jun 1948) adalah satu bulan. Pasca Perang Dunia kedua, British menghadapi masalah ekonomi yang parah. Ini ditambah dengan beban tanggungan ke atas tanah jajahan seberang lautnya.

India yang dianggap sebagai ‘crown jewel’ of the British colony adalah satu beban ekonomi yang amat besar. Persiapan untuk melepaskan India mesti dilaksanakan tetapi dengan strategi yang memberikan impak berkekalan. Maka langkah untukk memisahkan Pakistan dan India digerakkan pada tahun 1947 dengan mewariskan kemelut isu Kashmir sehingga hari ini.

Pada tahun yang sama 1947, British membuat persiapan untuk meninggalkan Palestin yang diberikan status (Trusteeship – Trust territory) selepas Perang dunia kedua sebelumnya berstatus mandat British yang diputuskan pada tahun 1920 (dua tahun selepas tamatnya Perang Dunia pertama).

Ini dilakukan dengan koordinasi Zionist Federation of Britain yang menyusun strategi mendirikan negara yahudi di atas wilayah Palestin. Keputusan untuk keluar dari Palestin dibuat pada bulan Februari 1947 dan Zionis dibawah pengatur strateginya David Ben Gurion mula menyusun langkah untuk mengambil alih.

November 1947 Resolusi UNGA 181 diluluskan dan pelan pemisahan Arab-Yahudi dilaksanakan. Pada 9 Januari 1948 berlakulah perang Arab-Yahudi dan British hanya memerhatikan. Kemuncaknya ialah perlaksanaan Pelan D (Dalet – pelan D adalah kemuncak kepada pelan A, B, C dan D yang dirancang oleh David Ben Gurion sebaik Britain berhasrat untuk meninggalkan palestin). Pelan Dalet bermula di pelabuhan Haifa yang menyaksikan penduduk Palestin di serang dengan mortar, mesin gun dan pegawai British tidak berbuat apa-apa. Deir Yassin yang berlaku pada bulan April adalah sebahagian dari pelan Dalet untuk penghapusan etnik Palestin. Akhirnya British mengeluarkan semua apparatus (tenteranya) pada 14 Mei dan negara Israel di istihar dengan rasmi pada 15 Mei 1948. 

1 thought on “Pengkhianatan Sir Henry Gurney di Palestin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *