Sungai Bernam diakui sebagai laluan sungai menuju ke kawasan pendalaman Semenanjung Tanah Melayu sama ada bagi tujuan perdagangan mahupun hubungan pemerintahan. Bahkan Daerah Sabak Bernam sendiri menjadi laluan Sultan Ibrahim bersama para pengikutnya berundur ke Pahang kerika tercerltusnya Perang Bukit Malawati di Kuala Selangor diantara kerajaan Kesultanan Selangor menentang Belanda.

Antara penemuan yang dijumpai di kawasan Tok Khalifah adalah Syiling zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.
Koleksi simpanan saudara Ismi

Koleksi simpanan saudara Rizzuan

Kedua-dua keping duit syiling atau dikenali juga pitis ini dijumpai di kawasan Tok Khalifah, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam.
Sedikit info berkenaan syiling timah bertakhta nama baginda Sri Sultan Ibrahim Shah Sultan Selangor kedua :
Selain penemuan syiling Sultan Ibrahim di Tok Khalifah, terdapat juga syiling-syiling lama yang dijumpai diantara syiling Sarawak zaman pemerintahan zaman keluarga Brooke dan syiling zaman pemerintahan British di negeri-negeri Selat.
  

Terdapat juga penemuan-penemuan sejarah di Bagan Terap, Sungai Panjang seperti duit tampang dan peluru meriam

Tampang


Dua biji peluru meriam yang dijumpai di Bagan Terap oleh saudara Ismi

Penemuan ini di sekitar Sungai Burong sehingga ke Sekendi


Kawasan dari jerat cina Sungai Burong kemungkinan pernah memjadi kawasan pertempuran suatu ketika dahulu dimaba pernah ditemui di kawasan tersebut peluru meriam, pendokoh keris selain tali pinggang dan cincin pada era penjajahan British. 
Kawasan penemuan peluru meriam, pendokoh keris, tali pinggamg dan cincin era penjajahan British

Kawasan perkuburan lama di Sekendi yang menjadi lokasi pelbagai penemuan syiling lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *