Kampung Baru Sekinchan Site C merupakan gudang padi terbesar di Sekinchan. Selepas pengenalan Projek Buku Hijau pada tahun 1970 hingga kini, Kampung Baru Sekinchan Site C adalah satu-satunya kampung baru yang masih kekal dengan wajah asal sebagai Kampung Padi.
Kebanyakan penduduk kampung ini bergantung hidup kepada sektor penanaman padi. Sekinchan Site C merupakan kawasan pengeluar padi yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Kualiti dan kuantiti padinya adalah yang paling bermutu dan paling tinggi di Malaysia
Semasa kampung ini ditubuhkan pada tahun 1951, la terdiri dari lapan lorong dengan lingkungan seratus keluarga tinggal di situ. Kampung Baru Sekinchan Site C adalah kampung baru kedua terbesar di Sekinchan.
Kampung baru Sekinchan Site C juga disebut sebagai Parit Enam. Aliran air parit ditemani titi yang yang, begitulah perungkapan yang sesuai bagi suasana kampung ini. Papan tanda Kampung Sekinchan Site C dengan tambahan perkataan Parit Enam turut didirikan oleh penduduk di laluan masuk ke kampung.
Sementara itu, terdapat belasan buah kedai lama yang merentasi kampung ini merupakan tempat orang kampung membeli-belah dan menjamu selera.
Gerai-gerai kopi yang dibina selari dengan parit merupakan satu lagi suasana menarik bagi Sekinchan C. Ia merupakan tempat penduduk berkumpul dan menghabiskan masa lapang. Warga tua tempatan menyatakan sebahagian besar penduduk Sekinchan C dipindahkan 
dari Tiram Buruk atau disebut sebagai Tiram Setia hari ini.
Sebenarnya penduduk Cina yang tinggal di Tiram Buruk, Kuala Selangor dan Tanjung Karang mulai pindah masuk ke Sekinchan sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu pada tahun 1941, penduduk dari Tiram Buruk telah melarikan diri dan bersembunyi di Sekinchan disebabkan kawasan ini merupakan hutan belantara.
Apabila perintah darurat telah diisytiharkan sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Kampung Baru Site C ketika itu digelar “Kem C” telah ditubuhkan pada tahun 1951 bagi menghalang pe gganas Komunis mempengaruhi penduduk Cina ketika itu.
Penduduk dari Parit Enam, serta sebahagian penduduk dari Tiram Buruk dan Tanjung Karang telah ditempatkan di situ. Penduduk Kampung Baru Sekinchan C menjalankan aktiviti bercucuk tanam untuk menyara hidup  termasuk ubi kayu, ubi keledek dan keladi. Ada juga diantara mereka membela babi. Pada masa itu jumlah penduduk yang menanam padi adalah kurang. Adapun padi yang ditanam adalah untuk menampung keperluan sendiri.
Kerajaan telah melancarkan Projek Buku Hijau menjelang tahun 1970-an. Sekinchan diwartakan sebagai kawasan penanaman padi dan penduduk telah ditawarkan tanah untuk menggalakkan penanaman padi.
Pada masa tersebut, penduduk di ketiga-tiga kampung baru Sekinchan (A, B dan C) telah mendapat agihan tanah sebanyak 1600 lot. Keluasan 3 ekar setiap lot menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 4800 ekar. Faktor tersebut telah mencipta kedudukan Sekinchan sebagai “Kampung Perikanan dan Padi”.
Dalam sepanjang pelaksanaan projek Buku Hijau sejak ia diperkenalkan, Sekinchan C masih meneruskan tradisi penanaman padi. Penambahbaikan baka dan teknik dari masa ke semasa telah berjaya mempertingkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran padi.
Walaupun Kampung Baru Sekinchan Site C hanyalah sebuah kampung baru yang kecil, namun ia telah berjaya melahirkan ramai bakat baru. Pencipta Pendrive laitu Puah Kian Seng merupakan anak jati kampung ini dan pernah belajar di sekolah rendah Cina di Sekinchan.
Puah Kian Seng

Pada tahun beliau bersama 2000, rakan sekolahnya telah menubuhkan syarikat Phison Electronic di Taiwan dan mencipta Pendrive USB yang pertama.
Hari ini, Phison amat terkenal di seluruh dunia dengan kelarisan penjualan produk USB. Puah Kian Seng yang hanya seorang budak kampung telah memberi sumbangan besar kemajuan teknologi di dunia.
Sumber : Imbasan Kampung Baru Cina di Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *