Ramai di antara peneroka memilih kawasan Pasir Panjang kerana di bahagian kuala Pasir Panjang tanahnya dipenuhi belukar sahaja. Selebihnya ditempatkan di Sungai Leman. Peneroka datang secara berkumpulan, setiap kumpulan ada ketuanya sendiri. Pada setiap hari saya terpaksa membawa peneroka ke dalam hutan untuk menunjukkan kepada mereka kawasan yang telah ditetapkan untuk mereka seperti di dalam pelan yang dibekalkan oleh Pejabat […]
Bahagian 5 : Keringat di Tanah Basah
Sultan Abu Bakar Johor dan Keluarga Brassey – 1887
The Brassey Family with Abu Bakar, Sultan of Johore – 1887. Sumber : Izmal Karim
Keris Kesultanan Johor berada di India
Sebilah keris yang pamurnya berupa tulisan Jawi seperti keris kepunyaan kerabat Kesultanan Johor yang kini berada di Baroda, India. Keris ini dikatakan milik Sultan Abdul Rahman Muazam Shah, iaitu Sultan yang memerintah kepulauan Singapura dan Riau. Tulisan yang tertera di keris tersebut berbunyi ” Allah Maha Besar “. ” Sultan Abdul Rahman Muazam (Mirzam) Shah”. Manakala disebaliknya tertulis potongan ayat […]
Ziarah YM Mat Kilau
Masyarakat pelusuk negara datang ke Pulau Tawar setelah mendengar kemunculan semula Yang Mulia Mat Kilau.
Sati : amalan Hindu yang diharamkan oleh British
Pada 4 Disember 1829, amalan ‘sati’ diharamkan oleh pentadbiran British di India. Sati adalah satu amalan Hindu yang dipercayai sudah wujud sejak purba kala di India, di mana si balu akan membakar dirinya sampai mati bersama suaminya yang telah meninggal dunia ketika upacara pembakaran mayat. Sati bermaksud ’wanita suci’, diterap daripada nama dewi Sati, yang membakar dirinya sebagai protes kepada […]
Ireland tak pernah lupa jasa Daulah Uthmaniyah
Semasa Ireland dimamah kebuluran kira-kira 180 tahun dahulu, Daulah Uthmaniyah Turki telah sudi memberi bantuan melalui sumbangan kewangan sebanyak Sterling 1,000 (atau nilai kini, kira-kira USD 1,052,000 ) bersama tiga buah kapal yang sarat dengan bekalan makanan. Republic of Ireland telah dilanda kebuluran dan epidemik penyakit di antara 1845 dan 1849. Malapetaka yang dikenali sebagai ‘the Great Hunger’ ini telah […]
Jambatan Darat Thailand : Malaysia perlu lebih proaktif
ALOR SETAR: Malaysia tidak boleh menunggu sehingga rancangan Thailand untuk membina jambatan darat direalisasikan bagi mengambil tindakan atau langkah yang perlu untuk negara mendapat manfaat daripada projek berkenaan. Felo Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Shazida Jan Mohd Khan menegaskan impak projek itu khususnya kepada ekonomi negara […]
Kapten Ella si pengkhianat dan munafik
Ella Waweya , seorang wanita berketurunan Palestin yang kononnya beragama Islam yang bekerja bersama IDF. Tugasnya adalah menyebarkan propaganda Israel di dalam bahasa Arab dan target audien adalah masyarakat berbangsa Arab.
Su Yuanchun : Jeneral yang buta huruf
Su Yuanchun (1844-1908 ) merupakan seorang Jeneral Perang Dinasti Qing yang buta huruf. Walaupun buta huruf dan menggunakan senjata tradisional seperti pedang, panah, tombak serta senjata api gorek dalam peperangan namun kehebatan beliau tidak boleh dipandang rendah. Beliau pernah memimpin tentera Qing dalam Perang Zhennan Pass dalam melawan Perancis dan berjaya memenanginya.
Harimau terakhir di Singapura
Harimau terakhir di Singapura ditembak mati bertarikh 2 Oktober 1930. Harimau ini ditembak oleh Ong Kim Hong seorang pekerja dari Singer Sewing Machine Co. dan dapat ganjaran sebanyak $100.00 dari pemerintah Singapura masa itu (permulaan ganjaran hanya $20.00 kemudian dinaikkan ke $100.00)