Bila orang Melayu cuba martabatkan bahasa sendiri, ada saja yang melenting. Kononnya, martabatkan bahasa sendiri bersifat mundur dan membantutkan kemajuan. 
Mungkin orang sebegini patut mendengar kenyataan seorang pegawai British bernama O.T Dussek. Beliau merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris.
Semasa berucap kepada para pelajar pada tahun 1935, Dussek berkata, “Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu. Berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu.”

O.T Dussek

Kenyataan ini bukan saja dipetik dalam akhbar The Straits Times pada tahun sama. Malah, ia turut disebut dalam buku ‘Harun Aminurrashid’ oleh Abdullah Hussain pada 1982.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *