Nicolae Ceausescu adalah pemimpin parti komunis dan bekas Presiden Romania.
Beliau memimpin negara di Eropah Timur itu secara kuku besi dari tahun 1965 sehingga rejimnya digulingkan dan di bunuh dalam revolusi rakyat pada 1989.
Ceausescu adalah anggota gerakan pemuda komunis Romania pada awal tahun 1930an.
Pada tahun 1936, beliau dihumban ke penjara dan empat tahun selepas itu Ceausescu sekali lagi meringkuk di sebalik tirai besi kerana kegiatan dalam parti komunisnya.

Ceausescu bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan Elena Petrescu yang juga aktivis komunis pada 1939.
Dilahirkan pada 26 Januari 1918 di perkampungan kecil Barat Bucharest di Scornicesti. Individu yang memegang tampuk pentadbiran Romania selama 25 tahun ini banyak menjalankan dasar pemerintahan secara kuku besi tetapi bersifat terbuka dalam soal dasar luar terhadap negara lain.
Pada usia mudanya, Caeusescu melibatkan diri dalam gerakan Buruh Romania. Nasib tidak menyebelahinya apabila dikesan pihak berkuasa atas tuduhan terlibat dengan kegiatan bawah tanah parti komunis dan dipenjara selama 30 bulan.
Ketika inilah beliau bertemu dengan Gheorghe-Dej, individu berpengaruh gerakan revolusi Romania yang bertanggungjawab membawa Caeusescu dan memperkenalkan ilmu berkaitan teori Marxist-Leninism.
Caeusescu berjaya melepaskan diri dari penjara ketika pengaruh kuasa pakatan Axis dan Kesatuan Soviet mula lemah di Romania.
Dengan penjarahan komunis, beliau mula mengambil kesempatan untuk membina pengaruh untuk berkuasa di bawah pakatan Gheorghe-Dej.
Pada tahun 1945, Ceausescu dilantik  secara rasmi sebagai brigedier jeneral tentera Romania. Selepas 20 tahun berada dalam komite komunis bersama Gheorghe-Dej, beliau berjaya menguasai pemerintah Romania secara mutlak.
Pada tahun 1955, beliau dilantik sebagai ahli penuh Parti Politburo sebelum dipilih sebagai Ketua Parti Komunis Romania pada 1965 susulan kematian Gheorghe-Dej akibat kanser.
Dengan semangat nasionalis yang tinggi ditunjukkan kenal sebagai individu yang mempunyai ucapan cukup bersemangat dan berani menempelak Rusia, rakyat pada ketika itu merasakan penuh bangga memiliki beliau sebagai pemerintah.
Ketegangan rakyat terhadap pemerintahan kuku besi Ceausescu semakin memuncak pada tahun 1989.
Hutang negara yang meningkat dan krisis kekurangan bekalan makanan yang meruncing antara faktor penyumbang kebencian rakyat ter- hadap Ceausescu.
Ketika berhadapan jutaan rakyat semasa perarakan nasional, beliau memberikan ucapan bagi menenangkan rakyat, namun keadaan makin tidak ter kawal dan berlaku kekecohan.
Beliau menghentikan ucapan dan rakyat mula menyerbu istana Bucharest. Namun, Ceausescu berjaya melarikan diri dengan menaiki helikopter bersama isteri, Elena.
Bagaimanapun, Ceausescu dan Elena akhirnya ditangkap tentera yang berpaling tadah sebelum dibicarakan atas tuduhan jenayah kemanusiaan dan dijatuhi hukuman mati.
Elena meronta ketika tangannya diikat untuk jalani hukuman mati sambil disaksikan oleh Ceausescu
Pada asalnya, hanya Ceausescu dijatuhi hukuman mati namun Elena yang merupakan Timbalan Presiden Romania berkeras beliau juga mahu mati bersama suaminya.
Pihak mahkamah dengan senang hati menunaikan permintaan Elena.
Kedua-duanya diikat dengan tali dan dibawa ke sebuah kawasan perumahan untuk menjalani hukuman mati oleh skuad penembak diketuai Kapten Ionel Boeru.
Hukuman mati ke atas Ceausescu dan Elana dijalankan pada pagi Krismas (25 Disember) tahun 1989.
Ceausescu dan Elena ketika ditembak oleh skuad penembak tepat

Lebih sadis, rakaman hukuman mati tersebut turut disiarkan di seluruh negara pada hari sama.
Dengan matinya Ceausescu, bererti tamatlah era pemerintah an kuku besi diktator yang dahulunya dijulang kini dibenci.
Ceausescu dikenang sepanjang zaman oleh rakyat Romania sebagai pemerintah yang menyebabkan berjuta rak yat kebuluran dan membawa ke sengsaraan ekonomi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *