Eli Mabel, salah seorang ketua Suku Dani memeluk mumia nenek moyangnya yang berusia berabad lamanya. Beliau mendedahkan tradisi kuno ini telah lenyap di kalangan orang Dani di dataran tinggi tengah Papua.
Sosok kecut dan hitam yang dibawanya ialah Agat Mamete Mabel, seorang ketua yang memerintah kampung terpencil di Papua, Indonesia ini kira-kira 250 tahun lalu.  Mayatnya diawet dengan asap dan minyak haiwan selepas kematiannya, penghormatan yang dikhaskan hanya untuk orang tua yang berpengaruh dan wira tempatan di kalangan Suku Dani.
Eli Mabel adalah ketua di kampung Wogi merupakan generasi kesembilan yang menetap disitu. Kampung Wogi merupakan sebuah kampung terpencil di luar Wamena, sebuah wilayah di Papuan Indonesia yang hanya boleh dicapai  dengan cara mendaki.  Beliau berkata umur sebenar Agat Mamete Mabel tidak diketahui, tetapi dia adalah orang terakhir di kampung itu yang menerima adat  sedemikian.  Setelah biasa di kalangan nenek moyangnya, kaedah ritual diawet dengan asap tidak lagi diamalkan.

Eli Mabel membawa mayat moyangnya keluar dari Honai

Mubaligh Kristian dan pendakwah Islam yang datang ke perkampungan menggalakkan orang-orang Suku Dani untuk mengebumikan mayat dan tradisi mengawet mayat pudar apabila berabad-abad berlalu. Namun, Mabel mahu mengekalkan upacara dan ritual purba itu dihidupkan semula untuk generasi akan datang.
Mumia itu, dihiasi dengan gading babi yang disangkut pada badan, topi bulu dan Koteka (selubung alat kelamin) tradisional, diletakkan di pondok yang dikenali sebagai “honai”.  Pondok jerami berkubah yang luas ini dijaga sepanjang tahun oleh segelintir penduduk kampung yang menghidupkan api untuk memastikan mayat kekal kering dan terpelihara.

Honai

Mabel juga berkata kewajiban menjaga mumia sering jatuh ke atasnya.  Dia telah menghabiskan waktu malam dengan tidur seorang diri di honai, memastikan tiada bahaya menimpa mayat moyangnya.
Akhirnya kewajiban menjaga mumia akan diserahkan kepada orang lain.  Mabel berharap gebeasi muda di Papua akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan adat mereka, tetapi sebahagian daripada mereka tinggal di wilayah yang jauh yang lebih ramai penduduk di Indonesia.
Suku Dani purba di Papua telah terputus dari dunia luar sehingga ke abad ke-20.  Tanah air mereka di Lembah Baliem terpencil dihimpit lembah yang curam dan hutan tanah tinggi yang tebal.

1 thought on “Mumia di tanah Papua, tradisi purba Suku Dani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *