Mohammed Dahlan merupakan seorang pemimpin kanan Fatah yang menjadi pesaing kepada Presiden Palestinian Authority.

Dilahirkan di Khan Yunis, Gaza pada Sept 1961, aktif dalam politik sehingga menjadi  pimpinan Fatah di Gaza.

Pernah ditangkap Israel 11 kali tetapi akhirnya menjadi rakan karib Israel.

Selepas Perjanjian Oslo, Dahlan dilantik ketuai Polis Palestin dengan 20,000 anggota. Dia rapat dengan CIA dan Israel kerana fokusnya ialah menangkap dan menyiksa pejuang pembebasan Palestin, khususnya Hamas.

Dahlan bercita-cita menjadi Menteri Dalam Negeri tetapi tak dipersetujui Arafat.

Tatkala Hamas menang PRU 2006, Dahlan ditaja USA untuk jatuhkan Hamas tetapi tak berjaya.

USA mahukan Dahlan menggantikan Abbas sebagai Presiden Palestin, tetapi Dahlan dipecat dari Fatah dan dituduh sebagai penyebab kematian Yassir Arafat yang diracunnya.

Dia berhijrah ke Montenegro, mempunyai aset sebanyak USD 120 juta, kekal sebagai pesaing Abbas sebagai Presiden PA.

Sumber : Prof Dr Zainur Rashid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *