Raja Zulkarnain di Makam Raja Hitam di Kampung Kota Seberang Perak

Sabak Bernam adalah satu daerah yang pada ketika itu telah mempunyai pemerintahannya  yang tersendiri (sebelum masuk ke negeri selangor).
Di Bernam juga  sebelum adanya kerabat Kesultanan Selangor telah pun wujud raja raja dan syed  dari Kedah menetap di Bernam.
Raja Nambang, Raja Long Putra dan Raja Anjang Putra(waris raja kedah yang tua)  Tunku Ungga Bendang, Tunku Bisnu dan para kerabat syed.
Raja Haji juga singgah di Bernam dan mengahwinkan anak saudaranya Raja Ibrahim (Sultan Selangor ke-2) dengan anak  Raja Anjang Putra yang bernama  Engku Chik. Perkahwinan ini dilangsungkan di Bernam.
Keluarga Raja Kedah ini menetap  di seberang Sabak (Kampung Kota). Keluarga ini juga berkahwin dengan keluarga Daeng Merewah.
Bila kemangkatan Sultan Muhamad (Sultan Selangor ke-3), Ampuan Raja Basik meminta agar Raja Usoh bin Sultan Ibrahim menjadi wakil Sultan untuk negeri Selangor.
Namun setiap zaman ada politiknya, Raja Abdul Samad di angkat menjadi wakil Sultan.
Maka Raja Usoh pun bersama keluarganya ke Bernam kerana bapa mertuanya Tunku Habib ada di Bernam.
Raja Usoh ini berkahwin dengan anak Tunku Habib bernama Tunku Andak. Anak mereka bernama Raja Yunos (Raja Unos) dan Raja Hawa.
Raja Yunos ini mempunyai anak yang bernama Raja Hitam, Raja Nordin, Raja Abidin, Raja Mat Aris, Raja Arifin. Tunku Habib ni juga mempunyai anak bernama Raja Salim.
Raja Salim ini membuka Bernam bersama anak saudaranya yang bernama raja Yunos.
Anak-anak Raja Salim bernama Raja Ali, Raja Kahar, Raja Yeob dan Raja Kechik.
Raja Kahar menetap di Kampung Kota.
Pemerintahan  dan pentadbiran di Bernam ini adalah dari kaum kerabat mereka sehingga sukar untuk Sultan Abdul Samad memasukan Bernam ke negeri Selangor.
Ada satu kenyataan dari wakil orang putih yang melawat Bernam mengatakan keluarga raja di Bernam ini mempunyai organisasinya sendiri dan mereka berkeyakinan serta ketakutan mereka hanya pada Allah Taala.
Namun Sultan Abdul Samad telah meminta seorang wakil orang putih bertemu Raja Hitam dan memujuk  raja Hitam dan kaum kerabatnya untuk bersetuju memasukan Bernam ke dalam negeri Selangor.
Akhirnya dengan perjanjian Bernam dimasukan ke dalam negeri Selangor dengan perjanjian selagi ada bulan dan bintang kerajaan negeri selangor akan menjaga segala kebajikan dan hal ehwal anak-anak Raja Bernam dan warisannya.
Namun surat ini hilang sewaktu pegangan Raja Hassan di Gombak (surat perjanjian antara kerajaan Selangor dan Bernam). 
Raja Salleh bin Sultan Ibrahim dan keluarganya juga menetap di Bernam dan pernah juga menjadi wakil bagi sultan Abdul Samad di Bernam.
Makam Raja Hitam dahulunya ada disebelah Selangor namun dipindahkan ke seberang Sabak(Perak). Banyak lagi jenazah kerabat Raja Selangor ini yang tidak di alihkan dimana dikatakan bersemadi di tapak panggung lama Sabak hari ini.
Sumber : Raja Zulkarnain Raja Osman
Nota Kaki :

Menurut surat yang dihantar kepada Francis Light, Raja Nambang dan Raja Long Putera menduduki Bernam setelah Raja Long Putera berkahwin dengan anak Sultan Ibrahim Shah Selangor dan membuka penempatan bernama Kg Kedah.  Setelah Sultan Ibrahim menaiki takhta Selangor, Raja Jusoh (Daeng Dewasa) ibn Sultan Ibrahim dilantik menjadi pembesar yang menguasai lembah Sungai Bernam..beberapa tahun lamanya, Daeng Bedun bin Raja Jusoh (Daeng Dewasa) membuka pekan Tanjung Karang atas perkenanan Sultan Muhammad Syah – Mohammad Azmi Mat Rashid

Ramai juga kaum kerabat Rajs di Bernam ni. Namun ada juga yang berhijrah ke Kuala Lumpur atau Banting. Dahulunya semua waris Raja Bernam ini dikurniakan pencen bulanan baik lelaki ataupun perempuan. Sultan Selangor juga akan berangkat tiba ke Bernam untuk berjumpa sanak saudara di sini. Perjumpaan akan dibuat di rumah rehat. Di sinilah semua kerabat akan menghadap duli tuanku. Raja Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad, ayahandanya juga asal dari Bernam, sebab tu hospital Sabak Bernam diberi nama hospital Ampuan Jemaah. – Raja Zulkarnain Raja Osman

Kawasan rumah singgah lama tu rasanya tapak kediaman Raja Hitam dan dibelakang serta di tepi sungai tu  masih ada  lagi keluarga Raja Bernam ni – Raja Zulkarnain Raja Osman

Surat kuasa kepada Raja Salleh ibni Sultan Ibrahim Selangor bagi menjalankan tadbir dan hukum bagi  pihak Sultan Abdul Samad di Sabak Bernam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *