Sejak dari dulu lagi Harimau Malaya memang susah betul nak menang lawan Vietnam. Kalau menang pun sekali sekala dan lepas tu paling baik adalah seri.
Tapi ini bukanlah kejutan sebab masa Perang Vietnam dulu, Amerika Syarikat pun boleh kalah.
Kenapa kuasa besar dunia macam Amerika Syarikat boleh kalah dengan Vietnam?
Dalam perlawanan Vietnam menentang Malaysia, korang boleh nampak sendiri betapa teruknya padang deme. Taktik itu juga yang mereka guna untuk tewaskan Amerika Syarikat.
Vietnam tahu senjata Amerika Syarikat ni miliki senjata yang canggih. Kalau deme berperang secara berdepan memang boleh kalah.
Apa yang mereka buat adalah menyerang tentera Amerika Syarikat secara gerila. Walaupun ada masanya Amerika Syarikat mampu atasi serangan gerila Vietnam tapi tidak bermakna kerana terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.
Tambah lagi, orang-orang Vietnam ini sangat mahir dalam pertempuran hutan. Manakala tentera Amerika Syarikat pertama kali berperang dalam hutan. Jadi banyak kali juga tentera Amerika Syarikat diserang hendap dan disabotaj.
Pada akhirnya Amerika Syarikat terpaksa menyerah sebab peperangan ini tidak membawa sebarang makna. Dah lah, Amerika Syarikat tidak bersedia nak berperang. Vietnam pulak melawan dengan tanggapan Amerika Syarikat cuba menjajah mereka.
Dengan angka korban yang semakin tinggi, itu memberikan rasa kurang senang dalam diri rakyat Amerika Syarikat. Lebih baik menyerah daripada ramai yang mati dan makin rugi.
Jadi semangat tidak mudah menyerah kalah itu dibawa ke dalam bola sepak. Hasilnya Vietnam berjaya menewaskan kita dan berada dalam ranking ke 96.
Oleh Azmil Azali
the Patriot