Mengapa kad pengenalan nombor 03 sahaja boleh beli hartanah di Kelantan?? Ramai yang belum tahu, mengikut ‘Enakmen Tanah Kelantan 1938’, anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah mahupun rumah di Kelantan.
Definisi anak Kelantan terbahagi kepada lima :
a) Sesiapa yang lahir di Kelantan dan bapanya adalah Melayu.
b) Sesiapa yang lahir di Kelantan dan ibunya adalah Melayu, manakala bapanya adalah Muslim.
c) Sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja tetapi bapanya adalah Melayu dan lahir di Kelantan.
d) Sesiapa yg lahir d mana sahaja dan ibu bapanya adalah Melayu dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
e) Sesiapa yang lahir di Kelantan dan bapanya juga lahir di Kelantan.
Jadi sebagai contoh, walaupun seseorang itu mempunyai IC luar Kelantan (bukan 03, 28, mahupun 29) selagi mana beliau dalam KATEGORI C) dan D) juga boleh memiliki hartanah rizab Melayu di Kelantan.
*Untuk pengetahuan semua, selain 03, rakyat Kelantan juga punyai Kad Pengenalan 28, dan 29 maka, syaratnya juga sama seperti di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *