Makam Tuan Guru Haji Mohamad Bin Mohammad Zain di Tanah Perkuburan Islam Sungai Haji Dorani

Beliau dilahirkan di Melaka pada tahun 1922. Lokasi kelahirannya antara Merlimau atau Bukit Rambai. Allahyarham mempunyai 4 adik beradik, 3 lelaki, seorang perempuan. Beliau anak ketiga.
Beliau mendapat pendidikan awal di Kedah sebelum belayar ke Mekah dan ke India. Di India, beliau memasuki Madrasah Darul Ulum. 
Ketika hayatnya, beliau direzekikan untuk menunaikan Haji sebanyak 9 kali mungkin kerana banyak berkawan dengan orang Arab, punca beliau mudah menunaikan Haji sebanyak itu.
Di antara jasanya adalah sebagai guru di sekolah agama di Sungai Nibong dan juga mengajar di masjid surau sekitar kawasan Sungai Besar termasuk di Madrasah Khairiyah al-Wataniyyah, Sungai Haji Dorani. Antara anak muridnya ialah Kiyai Haji Mufrad dan Kiyai Haji Arba’i. 
Setiap hari Jumaat, beliau akan mengajar ilmu fardhu ain. Orangnya sangat tawaduk, banyak menangis di bilik suluknya, suka membaca al-Quran serta berzikir. 

Selain itu beliau juga mengajar Kafa di sekolah arab. Ada pondok tempat beruzlah. Sebelum duduk berjemaah beliau akan berzikir dalam pondok di tengah hutan. Beliau selalu bertasbih dan selalu menangis. Bila menaiki motosikal, lidahnya tidak akan berhenti berselawat dan berzikir.
Tuan Guru Haji Muhammad Melaka berkahwin dengan isteri pertama Kalsom dapat seorang anak bernama Normah. Kemudian berkahwin pula dengan Jauwiyah Binti Alang, orang Pulau Pinang, pasangan ini dikurniakan 10 orang anak, iaitu :
1. Sohaini
2. Nur Aishah
3. Izzuddin
4. Nur Azizah – Ngaji Kelantan
5. Siti Pauziah – isteri kepada Kiyai Mufrad
6. Mohamad Rashid – Ngaji Pasir Tumboh, Kelantan
7. Hura’in
8. Mohamad Zaki
9. Nur Hafizah
10. Uzair
Beliau meninggal dunia pada tahun 1996 dalam 74 tahun. Jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Haji Dorani. 
Rujukan : Tengku Yusuff, Ulama Nusantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *