Tuan Guru Haji Jaafar Bin Muhammad Noh mendapat pendidikan awal dari seorang ulama’ Kedah selama beberapa tahun sebelum menyambung pengajiannya ke Pondok Bunut Payong bertalaqqi dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir selama 6 tahun.
Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Pondok Penanti, Bukit Mertajam pada tahun 1951 selama 4 tahun berguru dengan Syeikh Osman Jalaluddin Penanti. Beliau juga sempat membantu mengajar pelajar-pelajar baru di Pondok Penanti.
Selepas selesai menuntut ilmu, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan terlibat dalam Jawatankuasa Fatwa. 
Ketika hayatnya beliau menetap di Sabak Bernam, Selangor. Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya.
Tuan Guru Haji Jaafar Bin Muhammad Noh 
Rujukan – Tengku Yusuff, Buku Cenderamata Madrasah Manabi Ul Ulum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *